Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bagai ‘Tuan Rumah’ Petugas PPV Santuni ‘Tetamu’ Ambil Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 3:34PM

Petugas PPV Mega Movenpick Hotel dan Pusat Konvensyen mengenakan pakaian Baju Melayu sempena sambutan Aidiladha hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segak berbaju Melayu serta bersamping, petugas wanita pula anggun mengenakan baju kurung, manakala anggota beruniform setia dengan baju seragam mereka walaupun hakikatnya hanya menyambut Aidiladha kali ini di pusat pemberian vaksin (PPV).

Umpama ‘rumah terbuka’, petugas kesihatan dan sukarelawan di PPV seperti tuan rumah yang ceria menyambut kehadiran ‘tetamu’ bersilih ganti kerana mempunyai janji temu vaksinasi yang jatuh pada hari pertama sambutan hari raya korban itu.

Tinjauan di PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini mendapati proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan bantuan kira-kira 600 sukarelawan yang bekerja tujuh hari seminggu termasuk cuti umum hari ini, mengambil semangat pengorbanan Aidiladha dalam melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Bagi Penyelaras Bersama PPV WTCKL Mejar Mohd Fazli Ismail, bekerja pada hari perayaan tidaklah asing bagi dirinya namun beliau dan pasukannya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah negara dalam membantu memudahkan perjalanan proses vaksinasi bagi rakyat Malaysia.

“Terlalu besar pengorbanan mereka, mengerah keringat tanpa mengharapkan balasan,” katanya.

Petugas memakai baju kurung semasa bertugas pada sambutan Aidiladha ketika tinjauan di PPV WTCKL hari ini.
Petugas memakai baju kurung semasa bertugas pada sambutan Aidiladha ketika tinjauan di PPV WTCKL hari ini.

Seorang sukarelawan, Muhammad Afiq Mohd Zahari, 25, berkata sambutan Aidiladha kali ini lebih bermakna apabila beliau dapat menyumbang tenaga dan masa dengan menjadi sebahagian petugas sukarelawan yang berkhidmat di PPV mega berkenaan dalam mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Supaya kita dapat beraya dalam keadaan yang normal kembali pada tahun hadapan apabila kita dapat mencapai imuniti kelompok seperti aspirasi kerajaan,” katanya yang mengenakan baju Melayu biru.

Begitu juga kisahnya di PPV AstraZeneca (PPVAZ) Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA) apabila seramai 320 petugas memulakan tugas mereka dengan takbir hari raya selain mengenakan pakaian hari raya demi “menceriakan” suasana serta menyambut kehadiran orang ramai.

Ketua Penyelaras PPV Mega Persada Zainal Eran berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk mengadakan bacaan doa dan takbir serta memasang lagu raya untuk mengambil semangat perayaan ketika bertugas dengan seramai 3,000 individu bakal menerima suntikan di PPV itu hari ini.

Sukarelawan Mohamad Ainul Danial Mohd Aidil, 18, berkata dengan memakai pakaian tradisional dapat menaikkan semangat bekerja bersama petugas dan sukarelawan lain.

Sementara itu, di PPV Mega Movenpick KLIA di Sepang, petugas, vaksinator mahupun penerima vaksin berbaju Melayu dan berpakaian tradisional bagi meraikan Aidiladha dalam norma baharu.

Seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Syah berkata beliau lengkap berbaju Melayu dengan songkok bagi menghidupkan suasana Aidiladha memandangkan tidak dapat balik ke kampung halamannya di Kedah.

Terdahulu, Pegawai Daerah Sepang Mohamad Zain A Hamid yang ‘turun padang’ menyantuni petugas di PPV berkenaan berkata hampir 99 peratus penduduk dewasa di daerah Sepang telah menerima janji temu vaksin mereka menerusi aplikasi MySejahtera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad