web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Percakaran Sia-Sia, Bersatu Hati Kekang COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 9:34AM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menunaikan solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni di Masjid Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Aidiladha menuntut semua pihak menghentikan percakaran yang sia-sia dan menumpukan sepenuh usaha serta tindakan dalam mengekang penularan COVID-19.

Itu antara intipati utama khutbah Aidiladha bertajuk ‘Cabaran dan Pengorbanan’ dibacakan Imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni yang disiarkan secara langsung sempena sambutan perayaan berkenaan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pemimpin supaya sentiasa bersimpati dan tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada sifat tamak.

“Khatib ingin mengambil peluang pada hari yang mulia ini untuk mengingatkan saudara-saudari sekalian, terutamanya pemimpin dan seluruh rakyat sekalian agar menumpukan sepenuh usaha serta tindakan dalam mengekang penularan COVID-19.

“Hentikanlah percakaran yang sia-sia, malah bersimpatilah terhadap rakyat dan janganlah kerana ketamakan itu menyebabkan rakyat pula menjadi mangsa.

“Bagaimana Allah SWT mahu memperkenankan doa kita dan menurunkan rahmatNya selagi mana kita masih lagi bergelumang dengan dosa, kemaksiatan dan perpecahan?” katanya.

Ehsan berkata, penularan COVID-19 juga menyebabkan rakyat berdepan pelbagai bentuk cabaran dan ramai terkesan daripada sudut ekonomi, psikologi, mental serta pendidikan, selain suasana politik yang tidak menentu.

Susulan itu, katanya, manusia sebagai makhluk sosial seharusnya sedar bahawa mereka tidak mampu hidup dengan sendiri.

Manusia jelasnya, saling memerlukan dalam banyak perkara, terutama bagi mengurangkan kesan pandemik terbabit.

“Maka, ketika kita ada kelebihan rezeki dan boleh berkorban, alangkah baiknya jika kita tidak menunda-nunda lagi. Yakinlah saudaraku, bahawa korban kita akan diterima Allah SWT dan akan dilipatgandakan pahalanya kerana membantu orang lain yang sedang mengalami kesusahan dan kedukaan.

“Berkorbanlah sebahagian harta kita miliki bagi membantu ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sesiapa jua yang sedang dalam kesusahan. Korbankanlah masa tidur kita dengan bangun mendirikan malam untuk bertaubat dan bermunajat kepada Allah SWT.

“Korbankanlah keseronokan dan hiburan sia-sia dengan menumpukan kepada pembaikan diri kerana hiburan sia-sia itu tidak akan membantu kita menghadapi hari perbicaraan di Masyar kelak,” katanya.

Selain itu, Ehsan berkata, walau apa jua keadaan, Aidiladha tidak boleh kehilangan makna dan intipatinya kerana ibadah korban dilaksanakan setiap tahun memiliki hikmah serta pengajaran dengan mengambil contoh keikhlasan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan sesuatu paling dicintainya.

Justeru, katanya, umat Islam diingatkan supaya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT yang menganugerahkan pelbagai kenikmatan antaranya menyambut Aidiladha walaupun dalam suasana negara masih berdepan pandemik.

“Pada tahun ini, kita masih lagi menyambut Aidiladha dalam suasana mencabar dan kawalan pergerakan diteruskan berikutan bilangan kes harian yang tinggi dan tidak menentu. Jagalah diri dan kesihatan.

“Janganlah bersedih wahai saudaraku. Teruslah berdoa agar Allah SWT segera mengangkat COVID-19 seluruhnya supaya kita dapat melaksanakan segala syariat-Nya dan mudah-mudahan, pada hari yang baik serta penuh keberkatan ini, Allah SWT memakbulkan doa ini,” katanya.

Terdahulu beliau memimpin seramai 300 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha yang turut disertai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Getaran, 20 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad