web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidiladha, Definisi Pengorbanan Di Era Pandemik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 7:26AM

Petugas kesihatan mengalihkan pesakit COVID-19 yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 13 Julai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahun ini menyaksikan umat Islam di Malaysia sekali lagi menyambut Aidiladha dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dek penularan jangkitan COVID-19 sejak lebih setahun lalu yang kini menunjukkan peningkatan membimbangkan.

Sebelum pandemik terbabit melanda, Aidiladha diraikan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, termasuk pulang ke kampung, pelaksanaan ibadah korban secara gotong royong, kenduri, kunjung mengunjung dan peluang menunaikan ibadah Haji di Makkah.

Tahun ini, segalanya suram dan semua keindahan itu tidak lagi terpateri dalam takwim tahunan, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada umat Islam.

Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Raja Shah Erman Raja Arifin berkata, erti pengorbanan sempena Aidiladha membawa definisi yang lebih mendalam di era pandemik, apabila ia tidak lagi bersifat individualistik.

Takrifan di balik makna korban itu katanya, jelas terpapar pada jerih payah petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus saban hari memerangi virus COVID-19.

“Jika sebelum COVID-19, sebahagian petugas barisan hadapan ini meraikan Aidiladha dengan sistem penggiliran tugas sesama rakan sekerja, namun sejak 16 bulan lalu perkara itu tidak lagi menjadi kenyataan.

“Hospital dan premis bertugas menjadi rumah pertama, malah ada yang langsung tidak berpeluang berada bersama keluarga kerana tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Raja Shah Erman berkata, penugasan berterusan dan risiko dihadapi petugas barisan hadapan ini dalam konteks mengharungi pandemik adalah erti pengorbanan yang sangat besar, simbolik kepada ujian pernah dilalui Nabi Ibrahim A.S.

“Bayangkan setiap hari mereka berhadapan ribuan rakyat yang belum pasti tahap kesihatan dan jangkitan, malah dilaporkan sudah ramai petugas barisan hadapan serta keluarga mereka dijangkiti virus, tidak ketinggalan ada yang terkorban.

“Mereka bukan lagi bertempur dengan musuh yang nyata di depan mata seperti pasukan keselamatan negara satu ketika dahulu, namun peperangan kali ini cukup mendera emosi kerana perlu bijak menyusun strategi, demi memastikan sistem kesihatan negara dan kehidupan rakyat kembali normal,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua rakyat, tanpa mengira darjat mereka di mata masyarakat sepantasnya menghargai pengorbanan ini dan mematuhi arahan pihak berkuasa dalam menjalani kehidupan mengikut norma baharu, demi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Dalam konteks ini katanya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mementingkan diri sendiri dan kepuasan peribadi, termasuk meneruskan aktiviti pulang ke kampung kerana ia pada akhirnya hanya mengundang malapetaka.

“Mungkin kali ini kita gembira bertemu mereka, tetapi jika ditakdirkan kita menjangkiti mereka, itulah juga mungkin kali terakhir kita bersama mereka kerana kesilapan kita sendiri.

“Jadikanlah ini pengorbanan bersama dengan terus bertanggungjawab atas saranan Ulul Amri atau pemerintah untuk segera mendaftar dan mendapatkan vaksinasi agar kita boleh mewujudkan imuniti kelompok secepat mungkin,” tegasnya.

Kepatuhan rakyat terhadap semua SOP ditetapkan jelas Raja Shah Erman lagi, adalah kriteria terpenting untuk mengembalikan kehidupan lebih selamat, sekali gus membantu membangunkan semula negara ini yang teruk terjejas dibadai COVID-19.

“Sesungguhnya, usaha, doa dan tawakal adalah prinsip pengorbanan yang menjadi paksi kepada pegangan hidup kita semua sehingga hari ini,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad