web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPV Integrasi Pertama Dalam Pusat Beli Belah Beroperasi Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 7:01PM

Hasni (tengah) bergambar bersama petugas KPJ. - Gambar dari Pejabat Menteri Besar Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi mega Mid Valley Southkey mula beroperasi hari ini. 

PPV itu adalah PPV mega pertama di negeri ini yang diadakan dalam pusat beli-belah. 

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pembukaan PPV mega itu penting bagi membantu Johor mencapai sasaran 80 peratus rakyat yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.

“Kita di Johor sudah bersiap sedia dengan kapasiti pemberian suntikan vaksin antara 50,000 hingga 60,000 dos sehari dan PPV mega ini penting kerana diharapkan ia dapat membantu rakyat diberi vaksin seberapa segera, supaya rancangan kita untuk membentuk imuniti kelompok menjelang Oktober nanti, berjaya. 

“Kita sasarkan 80 peratus daripada 2.5 juta rakyat Johor akan diberi suntikan,” katanya.

Semalam, Hasni sempat meninjau persiapan akhir PPV berkenaan sebelum ia dibuka untuk beroperasi hari ini. 

PPV Mid Valley Southkey adalah hasil kerjasama kerajaan dan swasta menerusi Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad.

Ia mula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam dan mampu memberi suntikan sehingga 5,000 dos sehari, yang digerakkan 283 petugas perubatan dan sokongan dari tujuh hospital pakar KPJ.

Semua hospital itu adalah Hospital Pakar KPJ Johor, Hospital Pakar KPJ Puteri, Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Hospital Pakar KPJ Kluang, Hospital Pakar KPJ Batu Pahat dan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani.

Turut membantu melancarkan proses pemberian vaksin di situ ialah sukarelawan daripada Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac).

Dalam perkembangan berkaitan, Hasni turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan PPV berkenaan.

“Saya rasa seluruh negara berbangga dengan pengorbanan masa dan tenaga sukarelawan daripada pelbagai pihak dalam membantu negeri dan negara kita menjayakan program vaksinasi ini,” katanya.

Selain Mid Valley Southkey, enam lagi PPV integrasi juga memulakan operasi hari ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, PERSADA Lower Ground Floor, Johor Bahru; PPV Dewan Taman, Pasir Gudang; PPV Dewan Muafakat Taman Nusantara;  PPV LHDN Kluang dan PPV Dewan Muafakat Simpang Renggam. - Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

4

Politik 3 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad