web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP, PKPD, Ukir Kisah Berbeza Pengusaha Kedai Buku

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 2:49PM

Antara kedai buku yang memilih untuk beroperasi selepas mendapat kebenaran.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun sudah tiga hari dibenarkan beroperasi semula, terdapat segelintir kedai buku dan alat tulis persendirian di sekitar Lembah Klang yang sehingga kini masih menutup perniagaan masing-masing.

Ada pemilik kedai yang was-was untuk membuka kedai kerana risau akan berlakunya arahan silih berganti daripada kerajaan, manakala segelintir pengusaha lagi sudah berputus asa dan hampir menggulung tikar.

Walaupun atas alasan berbeza, kesemua senario itu masih berkisarkan situasi pandemik COVID-19 yang bukan sahaja tidak berkesudahan, tetapi kian meruncing khususnya di Selangor.

“Tak mahu buka lagi. Kes makin naik. Kalau menteri buat ‘u-turn’ dan suruh tutup semula, saya yang rugi,” keluh seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Hong.

Hong merupakan seorang daripada empat pemilik kedai buku dan alat tulis persendirian yang tidak membuka kedainya semasa tinjauan Getaran semalam.

Menurut Hong, sudah sebulan kedainya yang bertempat di sebuah lot kedai di Kepong itu tidak beroperasi gara-gara penguatkuasaan pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan.

“Saya sudah hilang banyak pelanggan. Kalau buka pun saya rugi juga. Tapi kalau tutup, kurang sikit kerugian.

“Saya pun tidak faham kenapa kerajaan tak menganggap perniagaan kami sebagai satu perkhidmatan perlu yang boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP,” pemilik kedai berusia 43 tahun itu.

Bagaimanapun nasib Hong tidak semalang seorang lagi pemilik kedai buku dan alat tulis, Rahimah Siddique, 45, yang terpaksa berhenti berniaga sejak pengumuman Sekatan Pergerakan Penuh pada 1 Jun lalu.

Buku latih tubi pelajaran antara paling laris dijual setelah kedai dibuka semula.
Buku latih tubi pelajaran antara paling laris dijual setelah kedai dibuka semula.

“Bantuan yang diberikan oleh kerajaan memang ada membantu tapi akhirnya ia tetap tidak mampu menampung perniagaan saya. Nak bayar hutang kredit dengan pembekal dan sewa mesin fotostat pun saya dah sesak sekarang ini.

“Jualan buku-buku novel pula sangatlah tidak memberangsangkan sejak pandemik ini. Novel-novel dan buku agama semuanya perlu dibeli secara tunai dari penerbit. Kalau tak habis dijual ianya tak boleh dipulangkan semula,” keluh ibu tunggal itu.

Mengakui berat hati untuk membuat keputusan sedemikian, Rahimah terpaksa akur dengan desakan hidup, kerana tindakan itu adalah jauh lebih baik daripada diisytiharkan muflis.

“Memang berat hati nak berhenti berniaga tapi daripada diisytiharkan muflis, lebih baik saya sendiri gulung tikar,” katanya, merujuk kepada perniagaan yang diusahakan di Sungai Buloh itu.

Keadaan berbeza bagaimanapun dialami sejumlah kecil pengusaha, apabila kedai milik mereka dibanjiri pelanggan sebaik sahaja dibenarkan beroperasi.

Seorang juruwang di sebuah premis di Sri Damansara, Hwanie Ismail, 20 berkata, buku latih tubi untuk beberapa subjek tertentu, khususnya Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains laris bagaikan pisang goreng panas.

“Ramai pelanggan yang datang ke kedai kami untuk membeli buku jenis itu.

“Kertas kosong A4 pun laku juga, ada yang sampai beli tiga kotak sekali gus. Saya rasa mereka nak guna untuk mencetak kerja rumah anak-anak. Dakwat pensel automatik pun laku juga diborong pelanggan,” katanya.

Jelas Hawanie, walaupun kedai majikannya ditutup, perniagaan mereka masih beroperasi menerusi laman e-dagang, Shopee.

“Tauke saya celik IT. Semasa PKP 2.0, diisytiharkan, dia cepat-cepat mendaftar dan membuka kedai maya dalam Shopee untuk meneruskan kelangsungan perniagaannya.

“Saya pula menyewa di atas lot kedai ini sahaja jadi senang untuk saya memproses pesanan. Tapi disebabkan kami perlu menggunakan khidmat kurier, harga barang di kedai maya kami terpaksa dinaikkan sedikit berbanding harga asal,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad