web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur, Peserta Himpunan '#Kerajaan Gagal' Dipanggil Beri Keterangan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 8:16AM

Gambar dari Instagram merpatijingga

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu yang disyaki penganjur dan peserta perhimpunan ‘kerajaan gagal’, yang diadakan di padang Dataran Merdeka di sini, semalam, telah dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan, hari ini.

Mereka adalah Pegawai Program Bersih 2.0, Asraf Sharafi; Senior Koordinator SUARAM,  Mohammad Alshatri dan pemuisi,Taufiq Azhar atau lebih dikenali sebagai Tulangkata.

Menerusi ciapan di twitternya semalam, Asraf mengesahkan mengenai perkenaan dan memaklumkan akan disiasat kerana himpunan berkenaan.

``Esok, aku, @matshatry dan @tul4ng  akan disiasat kerana himpunan petang tadi. Kita tak bermusuh dengan mana-mana pihak. Kita cuma gemakan suara rakyat mengikut peruntukan perlembagaan dan sedar kewajiban patuhi SOP spt penjarakan sosial serta pelitup muka berlapis,'' katanya.

Sementara Taifiq pula, menerusi ciapan di twitter @tul4ng turut memaklumkan beliau sedang bersiap-siap pagi ini untuk ke Balai Polis Dang Wangi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wang ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, seramai 20 individu dikesan berkumpul di padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera hitam dan sepanduk, kira-kira 2.55 petang.

Jelasnya, tindakan kompaun akan dikenakan kerana kesalahan pelanggaran Perkara 10 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, iaitu larangan berhimpun.

“Kumpulan ini diketuai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat.

“Mereka telah bersurai dan beredar sepenuhnya pada 3.10 petang,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad