web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Iktibar, Jangan Ulangi Kesilapan Musim Perayaan Lalu - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 8:01AM

Dr Noor Hisham - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru masyarakat agar mengambil iktibar daripada kesilapan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) khususnya ketika sambutan perayaan lalu sehingga mencetuskan jangkitan COVID-19.

Beliau berkata kesilapan itu tidak seharusnya berulang semasa sambutan Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai ini.

“Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan.

“Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana COVID-19,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sambil mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penduduk Malaysia yang telah bersungguh-sungguh dalam mematuhi SOP yang digariskan dan terus kekal duduk di rumah, beliau mengakui masih ada segelintir individu tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri yang cuai dalam mematuhi SOP serta menyebabkan penularan kes atau kejadian kluster dalam komuniti. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sejak bermulanya pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi pada 1 Jun lepas hingga semalam, sebanyak 267 kluster komuniti dilaporkan tercetus susulan sambutan perayaan lalu iaitu Aidilfitri dan Hari Gawai.

Beliau berkata kluster terbabit tercetus berikutan aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung, perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah berlainan ketika perayaan serta majlis pengebumian.

“Daripada 267 kluster komuniti ini, sejumlah 17,106 kes positif telah dilaporkan Kementerian Kesihatan. Kes-Kes tersebut dikesan daripada 72,755 individu yang disaring (kadar positiviti 23.5 peratus) melalui Pengesanan Kes Aktif yang dijalankan di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah secara berterusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata beberapa kluster komuniti yang dilaporkan itu turut melibatkan aktiviti rentas negeri.

Katanya negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun ialah Perak dengan lapan kluster (38.1 peratus) diikuti Terengganu (lima atau 23.8 peratus) serta Kelantan (tiga atau14.3 peratus). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad