web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Kandung, Teman Lelaki Ditahan Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 7:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya malam tadi, kerana dipercayai telah mendera dua anak kandungnya berusia dua dan tiga tahun di sekitar Taman Samudera, Batu Caves dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam memaklumkan, penemuan dua kanak-kanak perempuan dalam keadaan tidak terurus di Jalan Samudera Utara 1, di sini kira-kira 1 petang tadi.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal terhadap kedua-dua kanak-kanak tersebut mendapati, terdapat kesan calar dan lebam di tangan, pipi, kaki dan dagu, dan telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu kandung dan teman lelaki ibu mereka, di sebuah rumah flat yang disewa di Taman Samudera, Batu Caves.

“Susulan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya berusia 22 tahun serta seorang lelaki iaitu penjaga mangsa berusia 35 tahun, ditahan 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan, serta akan dibawa ke Mahkamah Selayang esok bagi permohonan tahanan reman,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak, dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Kematian Kanak-Kanak: Suami Isteri Direman 7 Hari

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar