web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringankan Beban Ketika COVID-19, MRCA, DSAM Sumbang Bakul Makanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 3:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 nyata memberi impak besar kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya mereka yang digolongkan sebagai B40 dan kurang berkemampuan.

Menyedari hakikat ini, Persatuan Rantai Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) sepakat melancarkan inisiatif bantuan bekalan makanan kepada 2,000 keluarga.

Presiden MRCA, Shirley Tay berkata, kedua-dua pihak menetapkan sasaran untuk meraih dana tambahan sebanyak RM500,000 bagi menyediakan 10,000 kotak makanan lagi buat keperluan keluarga memerlukan di sekitar Lembah Klang.

Menurut beliau, kerjasama itu adalah bagi membantu meringankan beban golongan terkesan, yang majoritinya berdepan pengurangan pendapatan, susulan kemelut ekonomi akibat COVID-19.

“Pengagihan kotak makanan ini sebenarnya telah bermula  sejak 3 Julai 2021 di sekitar kawasan Lembah Klang, membabitkan sembilan lokasi, khususnya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Setakat ini, ia diedarkan di PPR Pantai Ria, PPR Sri Sabah, Kampung Tasek  Permai di Ampang Jaya, Kampung Labu Lanjut di Sepang,  Kampung Baru Sungai Chua di Kajang, Salak Selatan Baru, PPR Seri Nilam di Ampang, PPR Hiliran Ampang dan PPR Pandan Mewah,” katanya di sini.

Shirley memberitahu, setiap kotak makanan mengandungi satu kampit berat seberat 5kg, mi segera, bihun, sardin, kacang panggang, serbuk minuman berperisa coklat dan biskut.

“Sebenarnya ramai ahli MRCA mengalami kerugian teruk akibat penularan wabak, malah sejumlah besar antara kami tidak lagi memiliki aliran wang tunai yang mencukupi untuk terus bertahan.

“Namun dengan bantuan dan kerjasama DSAM, kami bersama-sama menggerakkan inisiatif ini kerana sedar, ada ramai di luar sana yang lebih susah serta menderita,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan berharap, kempen mengumpul dana kecemasan untuk projek bantuan bersama MRCA dapat menghasilkan kejayaan dengan segera.

“Kami sedar ketika ini banyak keluarga sedang mengalami kesusahan  untuk mendapatkan makanan yang mencukupi dalam kehidupan harian.

“Dengan adanya inisiatif ini, MRCA dan DSAM berharap dapat meringankan beban mereka sedikit sebanyak, agar mampu meneruskan kehidupan yang serba mencabar,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang https://bit.ly/3r595cZ atau ke akaun 8600617216 (CIMB) di bawah nama Persatuan Rantai Runcit Malaysia.

Mereka juga boleh berhubung dengan MRCA menerusi aplikasi WhatsApp di talian 012 438 0435.

Untuk sumbangan ke DSAM pula, ia boleh dibuat dengan mengisi borang https://bit.ly/2TAVpdw atau terus ke akaun bernombor 3078 894 406 (Public Bank Berhad), di bawah nama Persatuan Jualan Langsung Malaysia atau WhatsApp ke talian 019- 378 7937. - Getaran 17 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad