web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Henti Sinovac Kerana Kuota Bekalan Berjaya Dipenuhi - Pharmaniaga

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 4:41PM

Pharmaniaga telah berjaya membekalkan sebanyak 12 juta dos vaksin Sinovac dan kelompok dos terakhir akan dibekalkan pada 21 Julai 2021. - Gambar fail AFP

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberhentian bekalan vaksin COVID-19 jenama Sinovac oleh Pharmaniaga Bhd dibuat kerana gergasi farmaseutikal negara itu telah berjaya memenuhi kuota bekalan ditetapkan.

Ia sekali gus menafikan dakwaan ramai bahawa vaksin tersebut dihentikan kerana penamatan kontrak, sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat.

Menurut Pharmaniaga, kontrak yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan mewajibkan syarikat itu membekalkan 12 juta dos vaksin Sinovac dalam tempoh tujuh bulan, iaitu antara Mei hingga November 2021.

Mereka bagaimanapun katanya, sentiasa bersedia membuat pembekalan tambahan sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan penggunaan Sinovac di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pihak syarikat telah membuat tawaran penambahan bekalan sebanyak dua juta dos kepada Kerajaan Persekutuan dan sedang menunggu keputusan rasmi mengenainya,” kata Pharmaniaga di sini hari ini.

Jurucakap syarikat memberitahu, bekalan vaksin telah disegerakan apabila jangkitan COVID-19 meningkat mendadak sejak Mac lalu, menerusi pemesanan vaksin import siap untuk diagihkan seiringan dengan agihan vaksin jenis Fill & Finish.

“Dengan usaha tersebut, Pharmaniaga telah berjaya membekalkan sebanyak 12 juta dos dan kelompok dos terakhir akan dibekalkan pada 21 Julai 2021 iaitu empat setengah bulan lebih awal daripada jadual kontrak asal.

“Pembekalan ini melibatkan enam juta dos bagi suntikan pertama dan enam juta dos bagi suntikan kedua,” katanya.

Katanya, arahan untuk memberhentikan pemberian dos pertama dibuat memandangkan jumlah suntikan di kesemua negeri sudah hampir mencecah enam juta.

“Tumpuan akan diberikan kepada pemberian dos kedua dan pengalihan itu adalah bagi mengelakkan ketiadaan stok tidak berlaku, sekiranya suntikan dos pertama dibuat melebihi enam juta,” katanya. – Getaran, 16 Julai 2021

.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad