web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekang Penularan COVID-19 Di Selangor, Kerajaan Tambah Bekalan Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 7:53PM

Ahmad Amzad beramah mesra dengan petugas kesihatan ketika berkunjung ke PPV Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan akan berusaha menambah keupayaan untuk menaikkan bilangan vaksin harian di Selangor sebagai salah satu usaha mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, berbanding cuma kira-kira 114,000 suntikan vaksin semalam, terdapat perbincangan dalam kalangan pihak terlibat untuk meningkatkan bilangan vaksin harian di Selangor kepada 400,000 dos sehari.

Katanya, perkara itu dirasakan mampu direalisasikan ketika Malaysia bakal menerima kira-kira 16 juta vaksin dalam masa terdekat.

"Pharmaniaga Berhad ketika ini sudah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan sepenuhnya penghantaran kesemua lebih 12 juta dos Sinovac yang dipesan daripada syarikat itu, sebelum hujung bulan ini.

"Selain itu kita telah menerima satu juta dos Pfizer dari Amerika Syarikat (AS), satu juta dos AstraZeneca sumbangan Jepun serta 500,000 Sinovac lagi disumbangkan China, sekali gus bermakna negara sudah memiliki kira-kira 16 juta dos vaksin dalam bulan ini. Justeru, jumlah agihan terutama di kawasan tumpuan seperti Lembah Klang boleh ditingkatkan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ditemui media pada kunjungan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti dekat sini hari ini.

Langkah itu sekiranya berjaya dilaksanakan, ia bermakna angka vaksinasi harian di Selangor hampir menyamai jumlah suntikan vaksin di seluruh negara semalam iaitu 434,828  dos.

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi dicatatkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diperkenalkan pada 23 Februari lalu.

Ahmad Amzad menambah, usaha untuk meningkatkan jumlah suntikan vaksin harian itu dilakukan berikutan jumlah kes yang tinggi dicatatkan di Selangor.

"Perbincangan mengenainya baru dilakukan pagi tadi. Untuk makluman, suntikan vaksin harian di Selangor semalam berjumlah lebih 114,000 dos.

"Semua orang tahu keadaannya di negeri itu dan kita perlu 'selesaikan' di sana secepat mungkin agar tidak berjangkit ke tempat lain," katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, semua kerajaan negeri diminta untuk membuat persiapan sewajarnya bagi menerima lebih banyak dos vaksin dalam tempoh dua bulan mendatang.

"Jika perlukan PPV tambahan, kerajaan negeri diminta segera kemukakan cadangan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk tindakan lanjut.

"Kita tak mahu berlaku kesesakan di PPV sedia ada. Selain itu saya juga berpesan kepada petugas supaya sentiasa utamakan saringan dengan mereka yang mempunyai gejala COVID-19, dan  menangguhkan suntikan ke tarikh lain agar tidak membahayakan orang ramai," katanya. - Getaran 15 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad