web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Perlu Bendera Putih Dan Hitam, Kerajaan Memang Sedia Bantuan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 5:52PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu mengibarkan bendera putih atau hitam untuk memberitahu kesusahan yang dihadapi ketika berdepan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, kerajaan kini telah memberikan bantuan secara bersasar kepada sebahagian kumpulan yang terkesan dari segi ekonomi, termasuk B40, M40 dan T20.

“Kita tak kira. Kadang-kadang T20 pun ada yang terkesan kerana tak boleh berniaga, dia diberhentikan kerja.

“Tak payah naik bendera putih ke hitam. Nak naik bendera biru tak apa. Maksud saya tadi, kita tahu di mana orang susah berada (perlukan bantuan). Malah kementerian juga ada rekod,” katanya secara berseloroh selepas Program Bakul Prihatin Negara di Putrajaya siang tadi.

Muhyiddin berkata, kesan pandemik COVID-19 dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan ekonomi masing-masing, sebahagian besarnya kerana kehilangan punca pendapatan dan pekerjaan.

“Kadang-kadang yang T20 pun ada yang terkesan, tak boleh nak berniaga, kena berhenti kerja. Semua ini kita akan sampaikan bantuan,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, sejumlah RM21 juta telah diperuntukkan untuk program berkenaan secara keseluruhan.

Bakul Prihatin Negara turut meraih kerjasama syarikat korporat, membabitkan agihan 420,000 bakul yang memberi manfaat kepada 1.68 juta penerima, termasuk golongan T20 dan M40.

Kempen #BenderaPutih adalah inisiatif yang digerakkan rakyat negara ini sebagai membantu mereka yang terdesak dan memerlukan bantuan pada kadar segera, khususnya dari barangan keperluan harian.

Manakala, kempen bendera hitam pula adalah simbolik kepada bantahan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa gagal mentadbir negara ketika berdepan pandemik COVID-19. - Getaran, 15 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad