web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Kekal Lebih 9,000 Kes - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 3:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian baharu COVID-19 di negara ini kekal mencatatkan angka melepasi 9,000 dengan 9,105 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 836,296.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,682 kes diikuti Kuala Lumpur 1,247; Negeri Sembilan (541); Johor (392); Kedah (382) dan 300 kes di Pahang.

Melaka pula mencatatkan 278 kes; Sabah (271); Sarawak (270), Pulau Pinang (243); Perak (207); Kelantan (150); Labuan (54); Putrajaya (49); Terengganu (38) dan satu kes di Perlis.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya pula memaklumkan daripada 9,105 kes baharu itu, 18 adalah kes import manakala 9,087 kes tempatan.

Beliau berkata sebanyak 5,194 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 742,297 kes.

“Kes aktif kini mencatatkan 87,841 manakala jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seramai 961 orang dengan 455 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 91 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan membabitkan 86 warganegara dan lima warga asing berusia antara 24 hingga 92 tahun dengan majoriti daripadanya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, sekali gus menjadikan angka keseluruhan korban kini 6,158 orang.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kematian adalah di Selangor; 21 kes (Kuala Lumpur); 12 (Negeri Sembilan); lapan (Melaka); enam (Johor); tiga (Pahang), dua (Kelantan) serta masing-masing satu kes di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 19 kluster baharu turut dikesan hari ini dengan 13 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, lima kluster melibatkan komuniti dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah tiga di Selangor iaitu Industri Jalan Rukun, Industri Jalan Subang 13 dan Jalan Industri Dua Rawang.

Tiga kluster sama juga dikesan di Johor melibatkan Jalan Cengal, Cahaya Yong Peng dan Jalan Dedap 13; dua di Kuala Lumpur (Jalan Pantai Baharu dan Jalan Sri Hartamas Satu); dua di Kelantan (Kampung Perangkap dan Bandar Baru Tunjong) dan masing-masing satu di Sabah (Kayu Patikang); Perak (Tapak Bina Solar Beriah) dan Pulau Pinang (Tapak Bina Jalan Thean Teik).

Kluster komuniti pula membabitkan kawasan Batu Muda,  Kampung Padang Balang dan Taman Koperasi Polis di Kuala Lumpur; Melor Intan (Perak) dan Jalan Mawar Belitong (Johor) manakala kluster kumpulan berisiko tinggi Jalan Awan Cempaka (Kuala Lumpur).

“Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 3,077 dengan 865 kluster aktif,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran