web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKNS Nafi Hospital Selayang Kekurangan Bekalan Tangki Oksigen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 4:27PM

Mesej palsu ini tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan Hospital Selayang menghadapi kekurangan bekalan tangki oksigen sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini dan tiada inisiatif kutipan dana dilakukan untuk hospital tersebut. 

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman menerusi hantaran di Facebook JKNS berkata Hospital Selayang mempunyai sejumlah 1,325 port dan setakat ini bekalan tangki oksigen adalah mencukupi.

“Dimaklumkan bahawa inisiatif kutipan dana tersebut tidak dilakukan oleh mana-mana anggota Hospital Selayang. Pengurusan Hospital Selayang atau kakitangan hospital juga tidak meminta mana-mana pihak untuk mengumpulkan dana bagi pihak Hospital Selayang,” katanya.

Sementara itu, Selayang Hospital menerusi hantaran Facebook turut menafikan menghadapi masalah kekurangan bekalan oksigen.

“JKNS menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan kiriman media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan tidak menyebarkannya. Sila hubungi terus pihak hospital jika mempunyai sebarang pertanyaan,” menurut hospital berkenaan yang turut berkongsi dua keping gambar bagi menafikan kutipan derma yang sedang dibuat pihak tertentu untuk hospital berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran