web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hotel Terpaksa Tukar Strategi, Jual Makanan Secara Penghantaran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 2:55PM

Gambar dari Facebook Klana Beach Resort Port Dickson

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON, -  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini memaksa hampir semua peniaga mahupun pihak perhotelan menukar strategi perniagaan mereka demi kelangsungan hidup.

Pengurus Hotel Klana Beach Resort Port Dickson, Che Dzarudin Che Omar berkata pihaknya terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kos operasi dengan mengadakan jualan makanan secara bawa pulang, penghantaran kepada pelanggan dan hidangan bajet.

“Selain itu, kami juga mengadakan jualan but kereta di kawasan perumahan yang berdekatan dengan mempromosikan lauk-pauk Negeri Sembilan dengan harga berpatutan dan ia mendapat sambutan,” katanya kepada Bernama.

Mengakui hotel berkenaan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM1 juta susulan pembatalan tempahan acara dan majlis serta tempahan bilik dalam tempoh PKP dilaksanakan, Che Dzarudin berkata pihaknya kini tidak boleh lagi bergantung kepada pendapatan tempahan bilik semata-mata.

“Pelaksanaan PKP ini bukan sahaja menggusarkan pekerja hotel malah pengurusan hotel juga turut berdepan tekanan kewangan yang tinggi untuk meneruskan perniagaan. Jadi, kami sedaya upaya mengukuhkan kedudukan kewangan agar pekerja sedia ada tidak berdepan dengan kemungkinan dibuang kerja,” katanya.

Peniaga gerai makanan dan minuman, Shahdan Mohd Shahlan, 26, turut menggunakan alternatif sama secara jualan but kereta di tempat-tempat tumpuan awam seperti di tepi pasar raya serta menerima tempahan penghantaran makanan memandangkan tidak ramai pelanggan yang datang ke gerainya.

“Kebiasaan awal-awal pagi sudah ramai pelancong dan orang awam memenuhi tempat saya terutama pada Sabtu dan Ahad tetapi sekarang sunyi dan sepi…nak terima dua atau tiga pelanggan pun agak susah sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan Haziz Hassan berkata negeri itu menyaksikan enam hotel terpaksa menutup sementara operasi sehingga 18 Feb.

Beliau berkata penutupan itu berikutan hotel berkenaan kehilangan tempahan lebih 80 peratus melibatkan tempahan bilik dan penganjuran kursus, seminar dan majlis keraian, susulan peningkatan kes COVID-19.

“Kami berharap agar pelaksanaan PKP dilonggarkan sedikit dengan membenarkan pelancong tempatan memanfaatkannya sekali gus boleh menggerakkan operasi perhotelan serta membantu pekerja yang terjejas.

“Kami tidak mahu lebih banyak hotel terpaksa menutup perniagaan masing-masing kerana kekurangan hasil pendapatan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 minit yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar