Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pelupusan Bersyarat Pinjaman Kurangkan 80 Peratus Beban Peneroka - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 5:21PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan secara dasar bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi berusia 65 tahun itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata pelupusan pinjaman yang akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman secara bersyarat itu akan mengurangkan bebanan pinjaman setiap peneroka secara purata sebanyak 80 peratus.

“Purata bayaran balik pinjaman dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 ke RM1,000 kepada hanya RM250 ke RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan yang disiarkan melalui stesen televisyen dan media sosial sempena sambutan Hari Peneroka hari ini.

Muhyiddin berkata penjanaan semula FELDA itu antara strategi serampang tiga mata iaitu Restart, Revitalise dan Reform bagi mengembalikan FELDA menjadi syarikat perladangan terulung dunia seterusnya tersenarai sebagai antara syarikat global paling berjaya seperti di dalam Fortune Global 500.

Menjelaskan lanjut, Muhyiddin berkata pelupusan bersyarat itu antaranya merangkumi pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion yang akan memberi manfaat kepada 92,441 peneroka atau 82 peratus dari keseluruhan 112,638 warga peneroka.

Selain itu, pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga tempoh sama berjumlah RM168 juta melibatkan 52,180 peneroka dan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal juga sehingga tempoh sama berjumlah RM56 juta melibatkan 6,711 peneroka.

Ia juga melibatkan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka.

Menurut Muhyiddin, inisiatif ini diambil memandangkan isu pinjaman ini yang membelenggu pewaris peneroka sekian lama dikenal pasti sebagai antara isu yang mampu merencatkan usaha FELDA untuk kembali bangun setanding syarikat perladangan terkemuka dunia.

“Isu hutang ini harus diperbetulkan dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau ‘restart’ FELDA,” katanya.

Justeru, Muhyiddin berharap usaha diambil kerajaan ini dapat menjadi titik tolak atau ‘reset button’ untuk warga peneroka lebih bersemangat dan fokus dalam melipatgandakan hasil serta pendapatan, sekali gus mengupayakan pengurusan kewangan dengan lebih berhemat.

“Saya amat berharap dengan perjanjian baharu yang akan ditandatangani peneroka dengan FELDA di bawah inisiatif pelarasan bersyarat ini, warga peneroka akan lebih komited dalam memenuhi segala terma dipersetujui kelak agar dapat sama-sama memikul tanggungjawab meningkatkan produktiviti seterusnya menjamin kelestarian FELDA,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan sentiasa komited dalam mendokong usaha membangunkan komuniti peneroka FELDA, namun telah tiba masanya untuk generasi baharu tampil menggalas cabaran dan tanggungjawab mengemudi perubahan komuniti itu.

“Setelah 65 tahun penubuhannya, saya percaya warga FELDA kini sudah cukup matang. Setelah menerima pelbagai bantuan dan sokongan, kini anda semua tentunya sudah bersedia untuk menabur budi dengan menyumbang pula kepada masyarakat seluruhnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata segala inisiatif yang disusun kerajaan harus disambut dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh warga FELDA agar usaha menaik taraf sosio-ekonomi peneroka dapat terus diperkasakan bagi menjamin masa depan generasi baharu komuniti itu.

Selain itu, Muhyiddin berkata inisiatif “Sedekah” yang digerakkan oleh warga peneroka di seluruh negara setakat ini berjumlah RM10 juta dan berharap inisiatif prihatin sedemikian dapat terus dilaksanakan selari dengan tema Hari Peneroka pada tahun ini “Anjakan Minda Peneroka”.

“Saya percaya kita sedang sama-sama menyaksikan permulaan baharu FELDA. Terima kasih kepada generasi terdahulu yang telah membantu meletakkan batu asas yang kukuh dalam usaha membangunkan FELDA,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Spanco: Muhyiddin Akan Dipanggil Bantu Siasatan Jika Ada Keperluan - Azam

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Sukan 7 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy