web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impian Barty Untuk Menjurai Wimbledon Masih Cerah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 9:09AM

Barty (kanan) memeluk lawanya Tomljanovic selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Impian Asleigh Barty untuk menjuarai Wimbledon pada ulang tahun ke-50 kemenangan rakan senegara dari latar belakang orang asli Australia Evonne Goolagong Cawley masih cerah selepas layak ke pusingan separuh akhir dengan mudah.

Pemain yang berusia 25 tahun itu mendominasi rakan senegara Ajla Tomljanovic 6-1, 6-3 dan akan berdepan dengan juara 2018 Angelique Kerber di pusingan seterusnya.

Barty adalah pemain wanita dari Australia yang pertama layak ke pusingan separuh akhir sejak Jelena Dokic pada 2000.

“Ini adalah cabaran terbesar saya.

“Angie pernah menjadi juara di sini. Saya sukakan pertembungan ini.

“Beliau sangat selesa dengan gelanggang ini dan saya tahu saya perlu bermain dengan baik untuk memberi peluang buat diri saya untuk menang.

“Ini adalah impian yang menjadi nyata,” kata Barty.

Beliau merasakan yang gaya permainannya tidak lagi dihantui unforced errors dan servis yang lemah seperti perlawanan di pusingan awal kejohanan ini.

“Saya dapat menggunakan kesemua ‘senjata’ saya dengan baik hari ini.

“Saya tidak membuat kesilapan lagi dan saya berasa permainan saya sangat tajam,” tambahnya. - AFP

Keputusan lain: 

Hubert Hurkacz mengalahkan Daniil Medvedev 2-6, 7-6 (7-2), 3-6, 6-3, 6-3

Angelique Kerber mengalahkan Karolina Muchova 6-2, 6-3

Karolina Pliskova mengalahkan Viktorija Golubic 6-2, 6-2 

Aryna Sabalenka mengalahkan Ons Jabeur 6-4, 6-3

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad