Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Misteri 150,000 Komputer Riba, 2 Kementerian Saling Menuding Jari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 7:43AM

Komputer riba menjadi peranti utama dalam pendidikan setelah PdPR dilaksanankan kerana penutupan sekolah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelut pemberian komputer riba percuma dijanjikan kerajaan kepada pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40), masih tidak bernoktah apabila dua kementerian yang menguruskan usaha itu, saling menuding jari.

Sumber Kementerian Pendidikan (KPM) yang dihubungi Getaran memaklumkan, pihaknya tidak terbabit dalam aspek penyediaan dan pengedaran peranti pintar itu.

Sebaliknya, beliau berkata, KPM hanya berperanan untuk menyediakan data mengenai lokasi sekolah dan jumlah murid mengikut kriteria penerima ditetapkan.

Justeru, katanya, masyarakat tidak wajar dan meletakkan kesalahan di atas bahu kementerian yang diketuai menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

“KPM terbabit dalam usaha sumbangan komputer riba itu, namun tanggungjawab kementerian ini hanya menyediakan data lokasi sekolah dan jumlah murid yang sesuai menerima peranti pintar berkenaan.

“Bila masyarakat, terutama guru, pelajar dan ibu bapa menyalahkan pihak kementerian, ia sememangnya mengecewakan sebab kami sudah memainkan peranan bagi membantu menjayakan usaha tersebut,” katanya.

Sementara itu, sumber Kementerian Kewangan ketika dihubungi pula sebaliknya berkata, tanggungjawab mengedarkan komputer riba terbabit adalah di bawah KPM.

“Tanggungjawab Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah ialah menyediakan peranti pintar ini, manakala KPM berperanan menyerahkannya ke sekolah serta murid ditetapkan.

“Data mengenai jumlah terkini mengenai status pengedaran semasa komputer riba itu pula boleh diperoleh menerusi laman sesawang Yayasan Hasanah,” katanya.

Semakan Getaran di laman sesawang berkenaan pula mendapati, sebanyak 93,282 unit komputer riba itu masih ‘dalam perjalanan’.

Menerusi data yang tertera, sebanyak 56,718 unit komputer riba daripada jumlah keseluruhan diumumkan kerajaan, iaitu 150,000 unit sudah diedarkan kepada pelajar sehingga 1 Julai lalu, membabitkan 446 sekolah di 129 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.

“Sebanyak 93,282 unit masih belum diserahkan kepada pelajar dan proses penyerahan baki peranti pintar ini akan dibuat sehingga akhir September seperti dijangkakan.

“Daripada jumlah belum diedarkan ini, sebanyak 12,909 sedang dalam proses agihan, manakala 80,373 dijangka diberikan pada akhir September depan,” katanya.

Pada 6 November lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan pemberian sebanyak 150,000 komputer riba secara percuma kepada murid B40 di 500 sekolah perintis.

Usaha itu tidak lain tidak bukan bagi memudahkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dibuat secara dalam talian.

Bagi merealisasikan bantuan tersebut, umumnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyalurkan sumbangan bernilai RM150 juta ke Tabung Cerdik.

Namun inisiatif terbabit mencetuskan perdebatan dan pertikaian meluas dalam kalangan murid, ibu bapa, guru serta kesatuan berkaitan apabila peranti pintar tersebut masih belum diterima golongan sasar walaupun sudah diumumkan sejak lapan bulan lalu.

Susulan kelewatan, KPM didakwa sebagai culas, tidak mengotakan janji dan tidak prihatin dalam membantu menyelesaikan segera permasalahan pelajar. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Ada Garis Panduan Pastikan Pokok Berusia Selamat Kepada Orang Awam

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Guru Kreatif Bina Lorong Boling, Cungkil Bakat Muda Di Sekolah Pedalaman

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Berhubung Kejadian Simbah Asid