web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Bantut Rundingan Damai Wilayah Bergolak Selatan Thailand - Rahim Noor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 8:28AM

Abdul Rahim Noor - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika bukan kerana pandemik COVID-19, usaha rundingan damai membabitkan pergolakan di Selatan Thailand mungkin sudah mencapai satu perkembangan yang signifikan, dedah penyelaras inisiatif itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Malah, menurut perancangan bekas ketua polis negara itu, rundingan antara Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dijangka mencapai persetujuan selewat-lewatnya pada tahun 2025.

“Yang menyebabkan rombongan dari Thailand tidak boleh datang ke Malaysia adalah COVID-19. Pihak delegasi dari Bangkok tidak dapat datang jadi kita terpaksa menunda rundingan antara dua pihak tersebut.

“Kita dah aturkan semua perancangan untuk tahun ini (dan) tahun 2022 sehingga tercapai peace treaty (perjanjian perdamaian). Tahun 2024 atau 2025 sudah boleh diputuskan perkara tersebut,” kata Abdul Rahim kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Menurutnya, Malaysia diminta untuk menjadi orang tengah dalam rundingan damai tersebut ketika Thailand berada di bawah pemerintahan Yingluck Shinawatra iaitu Perdana Menteri ke-28 negara itu.

“Kenapa Malaysia terlibat? Ia adalah hasil daripada satu surat yang diterima Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. Surat tersebut adalah permintaan rasmi dari Yingluck.

“Pendek saja kandungan surat itu. Yingluck meminta pertolongan Malaysia kerana dia tahu majoriti pemimpin Melayu BRN menetap di Kuala Lumpur,” jelas Abdul Rahim.

Keganasan tanpa henti di Selatan Thailand membabitkan empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla yang sehingga kini mengorbankan sekitar 7,000 nyawa mula menerima perhatian serantau bermula 2004.

Pada 3 April tahun lalu, BRN mengumumkan gencatan senjata sementara bagi memberi ruang kepada bantuan perubatan dan kemanusiaan untuk penduduk di wilayah yang terjejas akibat COVID-19.

Gencatan berkenaan akan berkuat kuasa selagi BRN tidak diserang pasukan keselamatan Thailand.

Mengulas mengenai tuntutan kedua-dua pihak, Abdul Rahim berkata BRN yang mulanya memperjuangkan pemisahan wilayah Pattani dari Thailand kini sudah mengubah strategi mereka.

“Sekarang mereka mahukan autonomi. Manakala, Bangkok pula lebih cenderung kepada pengagihan kuasa (decentralisation).

“Bagaimanapun, Bangkok dalam tuntutan rasminya, hanya mengajukan satu permintaan kepada BRN iaitu menghentikan keganasan.  

Abdul Rahim menarik perhatian, kehendak BRN itu boleh ditunaikan jika mereka bersetuju memenuhi permintaan Bangkok.

“Tetapi BRN pula mendesak supaya tuntutan mereka dipersetujui Bangkok terlebih dahulu sebelum semua keganasan di wilayah bergolak dihentikan,” katanya. – Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Mesir Kenal Pasti Mayat Tebusan Israel Di Gaza, Pastikan Rundingan Damai Tidak Gagal - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bawa Kontena Israel, Treler Dari Thailand Diarah Berpatah Balik

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad