Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1,200 Muka Surat Hujahan Bertulis Dikemukakan Pendakwaan, Pembelaan Kes Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 9:18PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan dan pembelaan dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi, telah menyerahkan lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 5 Ogos.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran menyerahkan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis manakala pembelaan yang diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan kira-kira 1,000 muka surat.

Raja Rozela memberitahu Bernama, hujahan di akhir kes pendakwaan sepatutnya didengar sepanjang minggu ini namun ditangguhkan ke 5 Ogos berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tarikh hujahan ditetapkan pada 5, 6, 9, 11, 13 dan 24 Ogos 2021. Pihak kami mengemukakan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis pada pertengahan bulan Jun lepas,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Hisyam ketika dihubungi mengesahkan mengenai tarikh hujahan dan memberitahu pihaknya telah menyerahkan hujahan bertulis dan dokumen berkaitan kira-kira 1,000 muka surat kepada mahkamah pada 15 Jun lepas.

Ahmad Zahid, 68, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 21 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit peribadinya, polisi insurans serta lesen untuk kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Affin Bank Jalan Bunus off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.

Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid turut menghadapi lapan pertuduhan rasuah, yang mana dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Bhd dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuknya atas kapasiti beliau selaku Menteri Dalam Negeri, membantu masing-masing memperoleh projek MyEG, membekalkan cip pasport dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa warga asing di Pakistan serta Nepal.

Beliau didakwa melakukan kesalahan-kesalahan terbabit di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, menurut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berdepan 27 dakwaan pengubahan wang haram dengan terlibat dalam transaksi langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini, antara  29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Ahmad Zahid juga menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara di Mahkamah Sesyen Shah Alam, menjadikan keseluruhan 87 pertuduhan terhadap beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Politik 16 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 8 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim