web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Dakwa Diarah Turunkan Bendera Putih

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 9:28PM

Penduduk Bukit Setongkol memasang bendera putih sejak lewat petang Selasa lalu, sebelum diarahkan oleh seorang individu untuk menurunkan bendera berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kehilangan sumber pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan hampir terputus bekalan makanan memaksa 13 keluarga yang menetap di perkampungan Bukit Setongkol, dekat sini, menaikkan bendera putih di perkarangan kawasan penempatan mereka, petang Selasa lalu. 

Majoriti mereka yang mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan dan bekerja sebagai buruh kasar bergantung sepenuhnya kepada gaji hari, menyebabkan langkah memasang bendera itu terpaksa diambil bagi meraih perhatian pihak berkaitan.

Usaha terbabit bagaimanapun berakhir dengan kejutan petang semalam, apabila seorang individu yang dipercayai berpengaruh di kawasan berkenaan mengunjungi penempatan itu, sebelum mengarahkan bendera terbabit diturunkan.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ana, 43, berkata, kunjungan individu itu sekitar jam 4 petang semalam sangat dinanti, dengan harapan akan memperoleh sedikit bantuan.

“Namun lain pula ceritanya apabila dia menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kami dan meminta bendera tersebut diturunkan kerana dianggap sebagai memalukan.

“Kenapa nak malu kerana kami memang betul-betul sudah kehilangan punca pendapatan dan bekalan makanan juga sudah hampir habis. Sepatutnya dia yang merasa malu kerana tidak mengambil sebarang tindakan membantu kami,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Lebih memburukkan keadaan, Ana yang sebelum ini berniaga goreng pisang di tepi jalan Bukit Setongkol, di sini mendakwa, individu terbabit datang semula ke kawasan penempatan mereka bersama pegawai dan anggota polis selepas terlebih dahulu beredar, kira-kira 30 minit sebelum itu. 

Antara penduduk perkampungan Bukit Setongkol mula menerima bantuan dari pejabat ADUN Teruntum, tengah hari tadi.
Antara penduduk perkampungan Bukit Setongkol mula menerima bantuan dari pejabat ADUN Teruntum, tengah hari tadi.

Kedatangan pihak berkuasa turut mencetuskan pertengkaran, malah ada penduduk mendakwa diugut akan dikenakan kompaun jika berdegil tidak mahu menurunkan bendera berkenaan. 

“Jadi, apa lagi yang kami perlu buat? Pasang bendera pun tidak boleh, nak minta bantuan pun tidak tahu ke mana, jadi kami perlu buat apa lagi? 

“Kalau boleh, bantulah kami, bukannya datang dan menyindir kami kononnya perkara seperti ini tidak pernah berlaku, seolah-olah kami hanya tahu meminta-minta (bantuan) sahaja,” katanya. 

Difahamkan, wakil dari pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum dan Penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Indera Mahkota sudah menyalurkan bantuan barangan keperluan asas kepada penduduk berkenaan, tengah hari tadi. 

Sementara itu, ADUN Teruntum, Sim Chong Siang berkata, arahan menurunkan bendera putih itu tidak sepatutnya berlaku.

“Sekiranya betul tindakan ini tidak dibenarkan oleh pihak  polis, perkara ini perlu dijelaskan kerana ia tidak menjadi masalah di tempat lain.

“Tujuan kempen ini adalah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan amat terdesak,” katanya.

Beliau berkata, pihak terlibat yang menyedari bendera putih itu seharusnya datang bertanya khabar dan menghulurkan bantuan, bukan memberi ugutan kepada semua penduduk berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Noor Yusof Ali ketika dihubungi berkata, pihak terlibat diminta membuat laporan sekiranya benar diugut anggota polis seperti didakwa.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan khabar angin atau mereka-reka cerita, sebaliknya tampil membuat laporan polis supaya tindakan dapat diambil.

“Maklumkan siapa anggota terlibat sekiranya benar, kerana tugas polis adalah untuk sentiasa menjaga keselamatan rakyat,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad