web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


34 Mukim Selangor, 14 Lokaliti Kuala Lumpur Berdepan PKPD - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 7:24PM

Ismail Sabri - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur bermula Sabtu ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD berkenaan dijadualkan berakhir 16 Julai nanti.

Menurut beliau, keputusan berkenaan diputuskan sidang mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas mengambil kira peningkatan kadar jangkitan COVID-19 yang semakin meruncing di semua kawasan tersebut.

Selangor katanya, melaporkan purata kes harian antara 1,800-1,900 manakala Kuala Lumpur pula berada dalam lingkungan 600-1,000 kes.

“Semua mukim yang terlibat adalah Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja, Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang, Dengkil, Labu, Sepang, Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang.

“Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu, Kapar, Klang, Ijok, Bestari Jaya, Jeram, Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, lokaliti di ibu negara pula membabitkan beberapa penempatan iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kampung Padang Balang.

“Turut dikenakan PKPD ialah Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2), Flat Sri Sabah, Kampung Puah, PPR Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri dan Delima), Kampung Batu Muda, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas,” katanya.

Serentak pelaksanaan, semua laluan kawasan PKPD terbabit akan ditutup dan dikawal oleh polis, dengan penduduk tidak dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing.

“Kebenaran hanya diberikan kepada seorang wakil isi rumah untuk membeli barangan keperluan asas di dalam kawasan PKDP, tanpa melebihi jarak 10 kilometer radius dari kediaman.

“Sebarang pergerakan tidak perlu selepas jam 8 malam juga tidak dibenarkan di luar kawasan kediaman, kecuali bagi kes kecemasan atau yang mendapat kebenaran polis,” jelasnya lagi.

Ismail Sabri juga memberitahu, kebenaran beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam hanya akan diberikan kepada perkhidmatan perlu, termasuk pembersihan, kumbahan dan utiliti.

“Kebenaran juga diberikan kepada kilang makanan asas dan harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan pelitup muka.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, kebenaran untuk bekerja pula diberikan ke atas perkhidmatan perlu atau yang melibatkan tugas rasmi kerajaan, dengan dokumen sokongan  terdiri daripada surat pengesahan majikan dan pas pekerja sebagai bukti.

“Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.

“Pekerja daripada perkhidmatan perlu, termasuk kilang dan premis perniagaan dibenarkan boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah dikeluarkan sebelum ini,” jelasnya.

Sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan sebelum ini, sektor penyediaan dan penjualan makanan seperti restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk hanya dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

“Pembelian makanan dibolehkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja dan kedai runcit, serbaneka serta kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

“Hospital, klinik dan makmal perubatan pula dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran manakala farmasi, kedai menjual ubat-ubatan, klinik dan kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam,” tambahnya.

Ismail Sabri memberitahu, stesen minyak pula dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali operasi stesen minyak di lebuh raya bertol yang boleh dibuka selama 24 jam.

Bagi pasar borong pula, waktu operasi adalah dari 12 tengah hari hingga 6 pagi, manakala pasar awam, pasar tani kekal dan MyFarm Outlet dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang.

“Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan,” tambahnya. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar