web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#BenderaPutih Berjaya, Ah Soon Mulakan Kehidupan Baharu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 7:43PM

Steven Sim (kanan) membawa Ah Soon (tengah), yang mengalami kesempitan wang akibat pandemik COVID-19, membeli barang-barang untuk kegunaannya di Bukit Mertajam. - Gambar dari Twitter Steven Sim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM – Kempen bendera putih yang tular sejak beberapa hari lalu berjaya meraih respon positif masyarakat setempat.

Dianggap sebagai platform untuk rakyat menyuarakan desakan hidup masing-masing, kempen itu turut meraih perhatian beberapa ahli positif, yang cakna dengan keperitan hidup penduduk di kawasan mereka.

Bendera putih yang dipacak di depan rumah di kawasan Bukit Mertajam.
Bendera putih yang dipacak di depan rumah di kawasan Bukit Mertajam.

Terbaru, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkongsi kisah pilu dialami  seorang lelaki dikenali sebagai Ah Soon, yang mendiami sebuah kawasan perumahan di sini.

Terdesak disebabkan kesempitan hidup dan beban hutang menyebabkan Ah Soon, seorang penjaja terpaksa mengibarkan bendera putih di halaman rumahnya di Bukit Mertajam bagi meminta bantuan.

Tindakan tersebut dibuat selepas dia buntu kerana tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan walaupun telah berusaha memohon di merata tempat.

“Kempen bendera putih ini bukan perkara yang main-main. Rakyat tengah susah. Mereka guna pelbagai cara untuk minta tolong. Semalam saya terima mesej dalam inbox Facebook, ada penduduk letak bendera putih di Bukit Mertajam. Kami terus turun untuk siasat,” kata Steven dalam satu hantaran di akaun Twitter miliknya.

Beliau berkata, kadar jangkitan COVID-19 yang masih tinggi walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) menyebabkan lelaki terbabit tidak dapat berniaga, malah terpaksa pula menanggung beban hutang motosikal, sewa gerai dan rumah.

“Bil api dan air rumah Ah Soon juga sudah empat hingga lima bulan tidak berbayar.

"Disebabkan terdesak, Ah Soon juga menjual mesin basuh dan kipas angin di rumahnya demi sesuap nasi,” katanya.

Steven menerusi ciapan itu turut berkongsi kata semangat yang diberikan kepada peniaga berkenaan, agar dia tidak berputus asa dan bersemangat meneruskan kehidupan, dengan kembali berniaga.

“Hidup (sentiasa) naik turun, harapan tetap ada. Setidak-tidaknya, ada orang nampak bendera putihnya dan saya telah datang.

“ Saya tanya Ah Soon, apa yang dia perlu? Dia jawab saya hanya mau (mahu) cari makan, saya boleh bekerja, tapi macam mana saya hendak berusaha dalam keadaan ini. Dia kata ada lot gerai baru yang lebih baik dekat rumahnya, tapi dia sudah tidak larat," katanya.

Atas dasar keprihatinan, Steven menawarkan diri untuk menjelaskan semua hutang ditanggung Ah Soon, termasuk segala bil utiliti.

Malah, bagi membantu Ah Soon meneruskan mata pencarian, beliau juga membantu Ah Soon mendapatkan lot gerai baharu dan membayar sewa gerai terbabit sehingga akhir tahun ini.

“Apabila saya ajak Ah Soon bincang menu apa yang dia hendak jual, saya nampak Ah Soon kembali bersemangat.

"Dia bersungguh-sungguh hendak berusaha sendiri,” jelas Steven.

Ah Soon menurunkan bendera putih selepas mendapat bantuan Steven Sim.
Ah Soon menurunkan bendera putih selepas mendapat bantuan Steven Sim.

Katanya, selepas selesai urusan Ah Soon termasuk proses mencari gerai baharu, lelaki itu serta merta menurunkan bendera putih yang dikibar di hadapan rumahnya.

Steven juga mengingatkan penduduk yang tinggal di Bukit Mertajam supaya menghubunginya sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.

"Masih ramai lagi yang sudi bantu kita. Jika anda ada masalah jangan putus asa, hubungi saya di talian 012-5907507," ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu, tanda pagar #RakyatJagaRakyat termasuk #BenderaPutih telah trending di Twitter, berikutan ramai terpanggil untuk sama-sama menyebarkan kempen tersebut agar sampai kepada golongan sasaran. - Getaran, 30 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad