web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin: Pelajar Sambung Belajar Ke Luar Negara Kini Boleh Daftar Di MySejahtera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 4:53PM

Khairy berkata ciri baharu ini telah dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera dan boleh diakses oleh pengguna bermula 28 Jun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelajar-pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, kini boleh mendaftar untuk vaksinasi awal di aplikasi MySejahtera.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, ciri baharu khas telah diperkenalkan di ‘Helpdesk’ aplikasi MySejahtera, bagi memudahkan permohonan vaksinasi golongan tersebut.

“Ciri baharu ini telah dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera dan boleh diakses oleh pengguna bermula 28 Jun.

“Permohonan vaksinasi awal yang dihantar, akan diproses oleh sistem dalam masa 10 hari dan statusnya boleh disemak selepas tempoh tersebut, di laman vaksinasi aplikasi MySejahtera pemohon,” katanya pada sidang media perkembangan PICK di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi berkata, permohonan perlu disertakan bersama dengan dokumen sah, yang boleh menyokong permohonan vaksinasi awal mereka.

Beliau berkata, dokumen yang sama juga, perlu dibawa ke pusat pemberian vaksin (PPV) ketika hadir bagi janji temu untuk pengesahan.

Khairy menambah, pengenalan ciri terbaharu itu adalah untuk memastikan kelancaran urusan kumpulan pelajar, yang perlu memenuhi syarat vaksinasi sebelum dibenarkan masuk ke negara lain untuk memulakan atau meneruskan pembelajaran, di pusat pengajian masing-masing.

Bagaimapun katanya, permohonan untuk perjalanan ke luar negara bagi tujuan pekerjaan, perubatan ke luar negara, sakit kritikal dan lain-lain, masih perlu dihantar ke [email protected].

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan peranti pintar dan ‘pulse oxymeter’ di semua Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), bagi mempertingkat kecekapan dalam pemantauan pesakit COVID-19 yang menjalani Pemerhatian dan Pemantauan Di Rumah (HSO).

“Peranti pintar itu adalah alat untuk memantau pesakit supaya tidak keluar dari rumah atau tempat pengasingan.

“Manakala ‘pulse oximeter’ (dikenali di pasaran sebagai oximeter) pula, untuk mengukur kadar oksigen seseorang,” katanya.

Oximeter katanya akan menunjukkan bacaan kadar oksigen sama ada normal (95-100 peratus) atau kadar oksigen rendah (bawah 95 peratus). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad