web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara Menghadap Agong Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 12:25PM

Mohd Rashid Hasnon melambaikan tangan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim pagi tadi tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermula 11 pagi tadi.

Timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad pula memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu Dua.

Dalam pada itu, Mohd Rashid berkata sesi pertemuan kira-kira satu jam itu membincangkan pembukaan Parlimen seperti titah Seri Paduka sebelum ini.

“Insya-Allah, apa yang dititahkan (Seri Paduka) dalam ruang lingkup melalui nasihat Perdana Menteri untuk kita membuka Parlimen. Kita jumpa nanti. Insya-Allah sama ada secara biasa atau hibrid,” katanya kepada pemberita setelah selesai sesi menghadap itu.

Dalam kenyataan bersama Jumaat lepas, Rais dan Azhar berkata persidangan Parlimen secara hibrid dijangka boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.

Sehubungan itu, satu sidang Khas Parlimen akan diadakan awal Ogos dengan andaian semua aspek perundangan mengenai persidangan alternatif berkenaan dapat diselesaikan akhir Julai dan sekiranya ia diluluskan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat. 

Sabtu lalu, The Vibes melaporkan Agong telah menitahkan Azhar dan Rais menghadap di Istana Negara, dipercayai bagi berbincang mengenai pembukaan Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos ini. - Getaran, 29 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar