web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy Nafi Dakwaan Tidak Hantar Vaksin Secukupnya Ke Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 4:44PM

Khairy bersama Noh Omar (kiri) beramah mesra dengan penerima vaksin di PPV Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJONG KARANG - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan Persekutuan tidak menghantar vaksin secukupnya ke Selangor.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata setakat semalam, Selangor menerima sebanyak 1,367,306 dos vaksin COVID-19 dengan baki 322,606 dos belum digunakan.

Semalam, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud menerusi Twitter mendakwa kapasiti vaksinasi terkini di Selangor adalah sebanyak 87,616 dan sekiranya tiada penambahan dos vaksin diberikan, beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu terpaksa ditutup.

“Jadi tuduhan vaksin tidak dihantar ke Selangor tidak betul sebagaimana Exco Kesihatan ada buat kenyataan sebelum ini. Kita memang hantar vaksin dan ada baki di Selangor.

“Saya bermesyuarat dengan Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) sebelum ini, dan pada masa itu kerajaan Selangor sendiri mengatakan bahawa kapasiti untuk Jun adalah 40,000 dos setiap hari dan Exco Kesihatan tidak hadir semasa mesyuarat itu.

“Kita bagi bekalan ikut kapasiti itu. Saya tidak pasti dari mana exco memperoleh angka 80,000 itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan PPV Tanjong Karang di sini hari ini.

Khairy berkata bulan depan pihaknya akan meningkatkan lagi kapasiti di Selangor sehingga 130,000 dos sehari.

Pada masa sama, beliau meminta agar kerajaan Selangor mempercepatkan proses vaksinasi di negeri itu kerana dilihat agak perlahan iaitu pada kadar 76 peratus berbanding negeri-negeri lain yang mencatatkan lebih 80 peratus.

“Setakat 27 Jun, kadar penggunaan paling tinggi adalah negeri Melaka sebanyak 94 peratus, Terengganu dan Negeri Sembilan (92 peratus) selain semua negeri telah melebihi 80 peratus kecuali Selangor.

“Saya telah usahakan supaya negeri Selangor mempercepatkan kapasiti penggunaan vaksin dan buka lebih banyak PPV di setiap daerah mulai Julai. Saya tak nak vaksin kita duduk dalam peti sejuk,” katanya.

Mengenai maklumat tular mengenai vaksin yang dikatakan kini dijual kerajaan Selangor menerusi aplikasi SElangkah, beliau berkata Selangor ada menjalankan program perintis bagi pembelian vaksin untuk kegunaan pekerja barisan hadapan ekonomi.

“Kerajaan Selangor meminta supaya dapat dibuat secara perintis dahulu kerana mahu melihat dari segi sistem dan perjalanan sama ada lancar atau tidak, sebab itu kita lepaskan dulu sedikit (vaksin) kepada Selangor. Saya difahamkan semalam telah dimulakan di sebuah PPV di Selangor,” katanya.

Mengulas desakan agar sektor perkilangan dipercepatkan vaksinasi apabila ia dikatakan menjadi punca wujudnya kluster, Khairy memberitahu Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerja­sama Awam-Swasta (PIKAS) akan diperluaskan Julai ini.

“Kita sedang memperhalusi, tanpa mengganggu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada rakyat. Mungkin dalam dua atau tiga hari akan saya putuskan jumlah vaksin kepada sektor perkilangan dan industri lain seperti pembinaan,” katanya.

Terdahulu, Khairy berkata pembukaan PPV di Tanjong Karang bertujuan memendekkan waktu perjalanan bagi penerima di sekitar kawasan itu sebagaimana cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar.

“Sebelum ini, penerima harus melakukan perjalanan ke Kuala Selangor atau Puncak Alam untuk menerima vaksin mereka,” katanya sambil menambah, pusat itu dapat memberikan vaksin sehingga 1,000 orang setiap hari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad