web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, Selangor Kekal Kes Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 6:38PM

Selangor terus mencatatkan jumlah tertinggi kes positif COVID-19 hari ini berbanding negeri lain iaitu 2,187 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,812 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,187 diikuti Kuala Lumpur 771, Sarawak (673) dan Negeri Sembilan, 658 kes.

“Pulau Pinang pula mencatatkan kes harian sebanyak 770, Melaka (223), Johor (196), Kedah (186), Sabah (156), Pahang (139) dan Labuan sebanyak 123 kes.

“Empat negeri lain pula mencatatkan jumlah dua angka iaitu 98 di Kelantan, disusuli 72 di  Perak dan masing-masing 46 di Terengganu serta Putrajaya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Angka terbaru itu dicatatkan tiga hari sebelum sekatan pergerakan penuh tamat 28 Jun ini.

Perintah sekatan pergerakan penuh dilaksanakan 1 Jun lalu, sebelum dilanjutkan sehingga 28 Jun.

Sementara itu, purata jangkitan harian COVID-19 dalam masa seminggu direkodkan sebanyak 7,680 kes. - Getaran, 25 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad