web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahasa Melayu Jadi Bahasa Ekonomi, Antara Teras Pelan Strategik DBP 2021-2025

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 5:50PM

Dr Radzi Jidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi adalah antara tiga teras dalam Pelan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2021-2025 yang dibangunkan bagi mengindustri dan melestarikan bahasa dan persuratan Melayu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pelan itu juga bertujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan bahasa ilmu.

“DBP menggalas tanggungjawab besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu selaras Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan atas kesedaran ini pelan strategik ini dibangunkan.

“Bagi menjayakan pelan ini, komitmen, kesungguhan, kesepaduan, ketekunan dan kerjasama  semua pihak khususnya pengurusan tertinggi dan warga kerja DBP amat diperlukan bagi mencapai sasaran ditetapkan,” katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-65 dan perasmian Pelan Strategik DBP 2021-2025 menerusi Facebook rasmi DBP hari ini.

Tambahnya, DBP telah mempelbagaikan pendekatan bagi mempromosikan kandungan pustaka warisan seperti pantun, peribahasa dan simpulan bahasa termasuklah melalui penggunaan platform digital sesuai dengan perkembangan semasa.

“Dari segi penerbitan, sudah tentu ada pasang surut… saya yakin DBP di landasan yang betul bagi menghadapi cabaran dunia digital dalam menghasilkan penerbitan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pandemik COVID-19  ini telah membuka ruang baharu cara bekerja di DBP dengan mendigitalkan kebanyakan program dan dilaksanakan secara dalam talian.

“Ini merupakan naratif baharu yang dibawa DBP bagaimana untuk kita kembangkan dan membina Bahasa Melayu menggunakan kaedah baharu, naratif baharu secara pendigitalan ini melibatkan cara kerja dan usaha DBP tanpa lupa usaha penerbitan konvensional yang akan terus DBP laksanakan.

“Pendigitalan ini salah satu usaha untuk memantapkan sistem penyampaiaan pada masa akan datang… ia perlukan warga DBP bergerak pantas, berfikir secara kreatif serta memahirkan diri dengan teknologi baharu untuk pastikan media baharu yang kita gunakan akan digunakan secara berkesan dan optimum,” katanya.

Pada sambutan hari ulang tahun kali ini, DBP memilih tema Aksara Nan Hidup Sepanjang Zaman bagi mengajak masyarakat memahami asas penubuhan agensi berkenaan serta fungsinya dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan sejak tahun 1956 sehingga kini. - Bernama

Sorotan

1

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 minit yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran