web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksikan Kematian Akibat COVID-19, Warga Emas Berjuang Untuk Sembuh

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 2:33PM

Saharuddin bersama isterinya, Kamaliah berbual bersama anaknya Dr Ahmad Ashraf Saharuddin menerusi panggilan video di rumah mereka di Larkin Jaya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menyaksikan sendiri kematian pesakit akibat COVID-19 ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), membangkit kekuatan Saharuddin Hassan yang turut dijangkiti virus membawa maut itu untuk berjuang sehingga sembuh.

Pengedar buku berusia 60 tahun itu berdepan risiko tinggi selepas dijangkiti ekoran mempunyai penyakit kencing manis namun tekad untuk kembali sembuh demi keluarga, apatah lagi selepas mengetahui isteri dan tiga anaknya serta menantu lelaki dan seorang cucu turut dijangkiti virus itu.

Warga emas itu disahkan positif pada 15 Mei lepas, hari ketiga Syawal, disusuli ahli keluarga dan seorang pekerjanya.

"Beberapa hari selepas saya dimasukkan ke HSA, isteri pula dimasukkan ke hospital sama membuatkan saya bertambah risau dan semangat untuk cepat sembuh makin kuat, apatah lagi selepas menyaksikan kematian akibat COVID-19 ketika menerima rawatan.

“Masa tu saya tekad untuk sembuh, tak terima sebarang panggilan atau panggilan video sebab mahu betul-betul berehat. Hari-hari terima kata-kata semangat daripada ahli keluarga menerusi group WhatsApp. Pada ketika itu, saya kata kita mesti kuat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bapa kepada empat orang anak itu juga berkata beliau turut mengambil inisiatif membawa alat oximeter, bertujuan memantau tahap oksigennya sendiri bagi setiap tiga hingga empat jam.

“Pada ketika itu, saya fikir nak cepat sembuh. Hari-hari buat senaman dan latihan pernafasan (di hospital) untuk menaikkan kadar oksigen dalam darah. Saya nak galakkan dan tunjukkan pada ahli keluarga terutama anak-anak saya supaya kita sama-sama kuat semangat untuk cepat sembuh,” katanya.

Ketika itu, kesemua mereka terpaksa berpisah untuk menerima rawatan dengan isteri dan cucu sulungnya melalui tempoh kuarantin berdua di rumah, anak sulungnya bersama menantu dan dua anak kecil mereka dikuarantin di rumah mereka di Senai, anak keduanya dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan anak ketiganya di Hospital Permai.

Keazaman Saharuddin untuk sembuh membuahkan hasil kerana selepas 12 hari dirawat, beliau menerima khabar gembira apabila dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Jun dan selepas beberapa hari kemudian, isteri dan dua anaknya juga disahkan sembuh.

Meskipun sudah 19 hari sembuh daripada virus itu, Saharuddin dan isteri tetap dengan rutin harian mereka iaitu memeriksa tahap oksigen dalam badan dengan menggunakan oximeter dan membuat senaman pernafasan, yang menurutnya penting dan menyumbang kepada faktor kesembuhannya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad