web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Individu, 4 Premis Dikompaun Langgar SOP PKP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 12:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu dikompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam serbuan ke atas empat premis, kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Mereka turut dikesan melakukan kesalahan di bawah Langgar Syarat Lesen di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur lewat malam tadi.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, kesemua premis itu terbabit dalam perniagaan borong buah-buahan, sayuran dan barangan am sejuk beku.

Menurutnya antara kesalahan yang dikesan termasuk mengajikan pekerja asing tanpa kebenaran dan beroperasi melebihi had waktu ditetapkan.

“Sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 16, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pemilik premis gagal mematuhi waktu operasi premis perniagaan yang ditetapkan dalam tempoh PKP.

“Turut dikeluarkan ialah dua notis kompaun terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar semasa memasuki premis,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik premis turut dikompaun kerana mengajikan pekerja warga negara Myanmar tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan dan Tred 2016.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan adalah mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

DBKL turut mengingatkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan individu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga tamat tempoh penguatkuasaan PKP,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad