web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Dine-in' Dibenarkan, Pengusaha Restoran Tarik Nafas Lega

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 5:35PM

Orang ramai dibenarkan dine-in di restoran mulai hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA : Ketika pengumuman penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dibuat, ramai pengusaha restoran dan kedai makan boleh diibaratkan seperti rela dalam paksa, kerana menyedari implikasi yang perlu ditanggung.

Pada ketika itu mereka tidak mempunyai sebarang pilihan kerana pelaksanaan peraturan berkenaan perlu dipatuhi, atau berdepan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa.

Masa penuh keperitan itu bagaimanapun berakhir semalam, serentak dengan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian.

Menerusi pengumuman itu, kebenaran diberikan semula kepada restoran dan kedai makan untuk menerima pelanggan bagi konsep dine-in dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP 2.0 serta penjarakan fizikal antara meja sejauh satu meter.

Ia turut membabitkan waktu operasi, iaitu bermula seawal 6 pagi hingga 10 malam.

Susulan keputusan, semua pengusaha dan pemilik kedai makan menarik nafas lega kerana ia bermaksud, perniagaan mereka boleh kembali beroperasi seperti biasa.

Bukan hanya perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B), pengumuman Ismail Sabri itu turut menggembirakan peniaga lain.

Tinjauan Getaran mendapati, suasana kembali meriah apabila kedai mula dibuka seperti selalu, tetapi dalam keadaan yang masih terkawal.

Ia berikutan SOP yang hanya membenarkan setiap meja makan diduduki dua orang pelanggan pada satu-satu masa.

Zuan Azmi
Zuan Azmi

Pemilik restoran Daging Merah Loqstaq, Zuan Azmi, 36 berkata, kebenaran untuk beroperasi seperti biasa itu adalah berita yang amat dinanti.

Beliau bagaimanapun berkata, sambutan hari pertama itu masih hambar berbanding respon diterima sebelumnya.

Bapa tiga anak itu berkata, restoran yang diusahakan sejak lima tahun lalu mengalami kerugian 75 peratus sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan.

“Pandemik COVID-19 memang memberi impak yang amat besar kepada saya, apabila dua daripada tiga cawangan dimiliki selama ini terpaksa ditutup.

“Keputusan menutup cawangan itu sesuatu yang amat perit untuk diambil, apatah lagi bila membayangkan ada pekerja kehilangan sumber pendapatan kerana terpaksa diberhentikan,” katanya kepada Getaran.

Zuan berkata, beliau amat berharap kebenaran diberikan kerajaan itu mampu memulihkan semula perniagaan dalam waktu terdekat, demi membela kebajikan pekerja yang masih bertahan.

“Walaupun sudah kembali beroperasi seperti biasa, jumlah pelanggan masih berkurangan dan ia mungkin kerana mereka masih takut dengan peningkatan ketara kes COVID-19 akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, pengurangan pendapatan Daging Merah Loqstaq menyebabkan pembayaran gaji pekerja turut tergendala dan keadaan itu akan bertambah buruk sekiranya jumlah pelanggan terus menurun.

“Saya amat berharap semua pihak memainkan peranan masing-masing agar ekonomi negara dapat dipulihkan segera.

“Jika tidak, saya pasti lebih ramai yang terpaksa gulung tikar dan kehilangan pekerjaan,” katanya gusar.

Pengusaha restoran Nim’s Little Island, Animah Abdul Rahman, 57 pula berkata, kebenaran diberikan kerajaan itu adalah berita gembira buat dirinya dan keluarga.

Mengakui masih dihantui rasa bimbang dengan penularan COVID-19, beliau akan memastikan pihaknya mematuhi SOP ditetapkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bagi mengelakkan peningkatan kes COVID-19, saya akan pastikan premis kami mengikut segala SOP yang ditetapkan dan mengambil langkah  berhati-hati, termasuk meletakkan cecair pencuci tangan serta menyukat suhu pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke dalam kedai,” katanya. – Getaran, 10 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad