web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan Haji 2021: Syarat Wajib Istito'ah Hikmah Untuk Jemaah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 4:27PM

Penangguhan ibadat haji tahun ini perlu dilihat kepada syarat wajibnya iaitu syarat berkemampuan atau istito'ah termasuk dari segi kesihatan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan ibadat haji tahun ini perlu dilihat kepada syarat wajibnya iaitu syarat berkemampuan atau istito'ah termasuk dari segi kesihatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Dr Anisah Abdul Ghani.

Beliau berkata hal berkaitan istito’ah ini seringkali diingatkan kepada jemaah, malah menjadi antara 17 resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 yang dihasilkan sebagai panduan sebelum dan ketika menunaikan ibadat haji di musim wabak seperti COVID-19.

“Sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan di dunia ini pasti akan memberi kebaikan kepada diri kita sendiri sekiranya kita bersyukur dan bersabar,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Anisah berkata seseorang itu tidak wajib dan tidak berdosa jika tidak mampu dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran atau kuota (4K) untuk menunaikan ibadat haji.

Beliau mengakui penangguhan ibadat haji pada kali ini bagi tahun kedua berturut-turut adalah ujian berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya tersendiri. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad