Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Gunung Kanthan, Kenapa Sambung Kontrak Sebelum Dapatkan Ulasan Teknikal?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:31PM

Pandangan dari atas 4 sektor di Gunung Kanthan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan negeri menjelaskan kedudukan sebenar kontrak aktiviti kuari Gunung Kanthan di sini, berikutan ada dakwaan ia sudah diluluskan tanpa mendapatkan ulasan teknikal terlebih dahulu.

Penyelidik lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan ulasan teknikal terlebih dahulu dari agensi terlibat bagi membolehkan kajian dijalankan, untuk melihat jika ia perlu diteruskan atau sebaliknya.

Menurutnya, semakan SAM mendapati, beberapa agensi yang seharusnya dilibatkan dalam perbincangan teknikal itu seolah tidak memiliki sebarang peranan dalam hal tersebut.

“Berdasarkan maklumat diperoleh dari kuil di gunung berkenaan, kami difahamkan pemilikan sudah diberikan dan disebabkan itu, kami mahu kerajaan negeri memberitahu status sebenar.

“Ini kerana kami bimbang mengenai alam sekitar terutama spesies terancam di gunung berkenaan ,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Meor Razak berkata, kawasan gunung terbabit terdiri daripada empat sektor, A,B, C serta D manakala aktiviti kuari sudah sedia berjalan di sektor A dan B selama ini.

Kebimbangan katanya, timbul apabila Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi memberi jaminan akan menjaga kawasan di sekitar sektor D, sedangkan pada hakikatnya sektor C juga memiliki spesies endemik terancam.

“Datuk Nolee sebelum ini memberitahu pengusaha kuari juga bersetuju untuk menjadikan bukit D, iaitu lokasi geotapak Gua Kanthan yang terkenal dengan spesies endemik labah-labah yang sangat terancam iaitu Liphistius kanthan, sebagai kawasan pemuliharaan.

“Namun kawasan bukit C juga sebenarnya mempunyai spesies terancam, jadi saya berharap akan ada kajian dibuat oleh saintis untuk melihat jika semua spesies berkenaan boleh dipindahkan dari bukit C ke D,” katanya.

Meor Razak turut meluahkan harapan agar semua agensi teknikal dilibatkan, sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Apa sahaja keputusan selepas ini saya harap ia akan diperjelaskan kepada semua pihak memandangkan ia berkait rapat dengan masa depan spesies terancam,” tegasnya.

Nolee sebelum ini dipetik Bernama sebagai berkata, tidak timbul isu penganugerahan atau penyambungan kontrak kepada mana-mana syarikat untuk membuat aktiviti kuari baharu di Gunung Kanthan, seperti yang tular dalam media sosial.

Beliau berkata, ini kerana syarikat pengusaha kuari sedia ada belum mengemukakan sebarang perancangan untuk mengusahakan bukit C dan D di gunung tersebut kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak malah akan mengekalkan usaha konservasi flora dan fauna yang telah wujud di kawasan berkenaan. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari