web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPM: Keputusan Jadi Persoalan, KPM Perlu Lebih Telus

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 8:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampaknya, topik mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang diumumkan pada Khamis lepas (10 Jun)  masih ‘hangat’ dibicarakan oleh banyak pihak.

Umpama ‘rumah sudah siap pahat berbunyi’, persoalan demi persoalan dibangkitkan sehingga ada yang meragui ketelusan Kementerian Pendidikan (KPM) berikutan peningkatan pencapaian keputusan SPM  yang menunjukkan Gred Purata Nasional (GPN) adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.

GPN 4.80 yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin lebih baik 0.6  berbanding 4.86 tahun 2019.

Ini jelas menggambarkan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas langsung tidak menjejaskan sistem pembelajaran di negara ini malah, lebih baik lagi.

Ternyata, penutupan sekolah selama 110 hari pada tahun lepas, selain kaedah pembelajaran dalam talian yang menggantikan kaedah konvensional iaitu secara bersemuka berjaya tanpa sebarang masalah.

Ini juga menunjukkan, segala ‘kekecohan’ tentang isu ketiadaan jaringan internet dan peranti serta kekalutan guru dan pelajar mengadaptasikan  kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)  sebelum ini berjaya diselesaikan dengan baik oleh KPM.

Bagi menambah baik sistem sedia ada, pakar pendidikan berpendapat KPM perlu lebih telus dalam mentafsir keputusan dengan tidak hanya menunjukkan yang baik sahaja.

Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata keputusan yang memberangsangkan ini memberikan gambaran kepada umum bahawa PdPR berjalan lancar dan tiada apa yang perlu diperbaiki lagi.

“Keputusan SPM 2020 jelas menggambarkan pembelajaran murid tidak terjejas ketika pandemik dan KPM berjaya menangani segala cabaran dan masalah yang berpunca daripada pandemik sejak tahun lepas,” katanya kepada Bernama.

Seperti tidak peka dengan keadaan semasa, KPM sepatutnya perlu lebih bersedia untuk berkongsi impak sebenar pandemik COVID-19 terhadap pembelajaran murid.

Ini kerana sepanjang sesi pembelajaran tahun lepas, terlalu banyak masalah yang timbul dan sehingga kini walaupun guru, pelajar dan ibu bapa semakin menerima kaedah pembelajaran melalui PdPR, namun masih banyak lompang yang perlu diperbaiki.

“Dalam hal ini, KPM wajib kenal pasti kelemahan yang masih perlu ditambah baik bagi memastikan kohort SPM 2021 dapat dibantu semaksimum mungkin.

“Pengumuman keputusan SPM 2020 yang memberangsangkan bukanlah petanda tidak wujud kelemahan, tambahan pula kohort 2021 adalah kohort berbeza dan mungkin memerlukan kaedah pembelajaran yang juga berbeza,” katanya.

Calon SPM 2021 yang akan menduduki peperiksaan pada Mac 2022, berhadapan cabaran berganda kerana sejak dari Tingkatan 4, mereka kurang berpeluang belajar secara bersemuka di sekolah  dan situasi itu dijangka berterusan pada tahun ini.

Paling dibimbangi, sekiranya mereka berhadapan dengan kelelahan pandemik atau ‘pandemic fatigue’ yang membuatkan mereka berasa letih, tertekan, bosan dan tidak bersemangat untuk belajar disebabkan terlalu lama terkurung di rumah dan hanya mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Perkara ini antara yang perlu dilihat KPM kerana sekiranya tiada usaha menangani masalah ini dibimbangi akan merosakkan pemikiran, kesihatan dan proses pembelajaran murid, katanya.

Namun menurut Azlin, jika melihat secara positif kepada peningkatan calon yang memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran, membuktikan bahawa pelajar semakin matang menguruskan masa dengan belajar secara kendiri dan tidak hanya bergantung kepada guru serta kaedah PdPR semata-mata.

“Memang ada pelajar yang lebih selesa belajar sendiri dan PdPR meyakinkan mereka bahawa pembelajaran kendiri lebih mudah. Pembelajaran online (secara dalam talian) memberi ruang kepada murid untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tambahan dan tidak bergantung kepada guru dan silibus yang ditetapkan.

“Situasi ini tidak hanya terhad kepada murid di bandar tetapi juga murid luar bandar,” katanya.

Namun begitu, beberapa aspek dalam PdPR perlu ditambah baik dan wajar dipertingkatkan antaranya kolaborasi dalam kalangan guru dan ibu bapa untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran serta penggunaan peranti.

Beliau yang pernah membuat kajian melibatkan 4,985 guru di seluruh negara tahun lepas mendapati kesediaan guru melaksanakan PdPR secara umumnya adalah tinggi dengan nilai purata pada 3.73 (nilai 1 paling rendah, nilai 5 paling tinggi). 

Kajian tersebut turut mendedahkan beberapa aspek yang perlu ditekankan untuk menambah baik pelaksanaan PdPR, antaranya aspek pembangunan profesional guru, kolaborasi dalam kalangan guru dan ibu bapa, serta hal-hal yang berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan pentadbir sekolah.

Justeru, KPM  perlu membuat kajian berterusan dengan mencari mekanisme untuk mengenal pasti masalah pentadbiran, guru dan murid serta bantuan yang boleh diberikan mengikut keperluan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sedia ada, katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad