web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tourism Perak Mohon Maaf Status Guris Hati Penyokong Harimau Malaya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 5:09PM

Tangkap layar status dimuatnaik Tourism Perak pagi tadi sebelum ia dipadamkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tourism Perak memohon maaf berhubung tindakan pengendali akaun Facebook agensi itu yang memuat naik status dianggap sensitif kepada penyokong bola sepak Harimau Malaya.

Ia susulan kekalahan 2-1 pasukan negara  bimbingan Tan Cheng Hoe itu di tangan Vietnam, dalam pusingan kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi semalam.

Pengedali akaun itu hari ini memuat naik status berbaur sindiran, walaupun menyentuh mengenai lokasi tarikan pelancong di negeri itu.

"Semalam Malaysia tewas perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Asia. Nasib baik kami ada gua. Dream Now, Check In Later’," kata agensi berkenaan dalam status tersebut.

Status termasuk gambar gua negeri terbabit kemudiannya tular di Facebook sebelum ia dipercayai dipadam pengendali akaun berkenaan.

Susulan insiden, Pengurusan Tourism Perak Management Berhad dalam kenyataannya memohon maaf di atas kesilapan status terbabit.

“Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan yang mengundang ketidakselesaan dan menyentuh sensitiviti semua pihak.

“Sesungguhnya Tourism Perak tidak berniat melukakan hati dan menyinggung mana-mana pihak termasuklah pemain pasukan kebangsaan, pihak pengurusan dan peminat,” katanya semalam.

Tourism Perak turut menzahirkan ucapan terima kasih atas teguran dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu, sekali gus berharap, permohonan maaf itu diterima rakyat negara ini. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad