web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Sekawan Curi Sarang Burung Walit Diberkas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 4:32PM

3 daripada 4 suspek telah ditangkap dan polis turut merampas alat yang digunakan untuk pecah rumah di sebuah ladang sawit di Jalan Chung Hwa, Tawau, tengah malam tadi. - Gambar ihsan PPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Hasrat empat sekawan mencuri sarang burung walit tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka diberkas pihak berkuasa di sebuah ladang sawit, Jalan Chung Hwa, Batu 6, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, semua suspek ditahan bersama kereta dan beberapa alat pecah rumah dipercayai digunakan untuk menceroboh sarang burung walit di situ.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Nazari Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota PPM melakukan pemantauan rutin di kawasan berkenaan sebelum menemui sebuah kereta jenis Perodua Axia diparkir dalam keadaan mencurigakan di ladang berkenaan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati ada empat individu berada dalam kenderaan tersebut.

"Menyedari kehadiran anggota keselamatan, mereka cuba melarikan diri, namun, hanya seorang daripadanya berjaya dan menghilangkan diri," katanya kepada media, hari ini.

Pemeriksaan dalam kenderaan itu turut mendapati pelbagai alat pecah rumah seperti pemotong besi, kuku kambing, penjolok aluminum dan tali yang disimpan di bahagian belakang kenderaan.

Menurut Mohd Nazari, suspek turut mengaku secara lisan merancang untuk memecah masuk premis bagi mencuri sarang burung walit.

"Sehubungan itu, semua suspek lelaki yang berusia 21 hingga 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan Seksyen 18 Ordinan Kesalahan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana memiliki peralatan pecah rumah.

"Selain itu, siasatan turut dilakukan membabitkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

Turut dirampas ialah semua peralatan pecah rumah dan kenderaan yang digunakan suspek. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad