web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Veteran Perang Dunia Kedua, Ujang Mormin Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 8:08AM

Allahyarham Ujang Mormin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Veteran Perang Dunia Kedua Prebet Ujang Mormin, 100, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor lewat petang semalam.

Berita duka itu disahkan cucu saudara perempuannya Lailawati Jamil, 59, ketika dihubungi Bernama di sini, yang berkata arwah meninggal dunia pada 5.05 petang. 

Menurutnya, Allahyarham Ujang yang dipanggil atuk itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Jan lalu selepas dikesan positif COVID-19.

“Pihak hospital telefon saya empat hari lepas memaklumkan arwah sudah kritikal, dan sejak dari itu setiap hari saya mengikuti perkembangan keadaannya menerusi panggilan video dan semalam pun saya sempat tanya keadaan atuk lagi.

“Sebelum ini arwah ada meluahkan kerinduan untuk berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, seakan-akan arwah tahu masanya dah tiba, tapi kerana keadaan COVID-19 ketika ini kami tidak dapat menziarahinya, saya rasa  agak terkilan,” katanya.

Lailawati berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham ialah pada awal Januari lepas di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik hati, pemaaf dan senang berkawan dengan orang ramai, Lailawati berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada keluarganya.

Menurutnya, urusan mandi, mengkafankan dan solat jenazah diatur oleh pihak Kementerian Kesihatan  di Hospital Sungai Buloh kira-kira 9 pagi esok dan dijangka dikebumikan di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Port Dickson pada tengah hari.

Allahyarham Ujang yang berasal dari Kampung Kundur, Rembau pernah bersama-sama legenda wira perang Allahyarham Lt. Adnan Saidi ketika menentang tentera Jepun. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad