Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukarelawan COVID-19, Usahawan Rasai Kesukaran Petugas Barisan Hadapan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 12:32PM

Mohd Rozaini Mohd Rasli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU -  Menjadi sukarelawan untuk menawarkan khidmat sebagai pemandu membawa pesakit COVID-19 ternyata menjadi satu pengalaman paling berharga buat seorang usahawan muda.

Meski terdedah dengan risiko jangkitan virus, Mohd Rozaini Mohd Rasli, 33 enggan membiarkan dirinya diselubungi ketakutan, sebaliknya berazam untuk menghulurkan bantuan, sekali gus meringankan beban ditanggung jentera perubatan di Besut.

Mohd Rozaini Mohd Rasli
Mohd Rozaini Mohd Rasli

Menurut beliau, penggunaan sut peralatan perlindungan diri (PPE) selama lapan jam tanpa makan dan minum serta menyarung lima helai sarung tangan juga bukan satu halangan.

“Takut itu memang ada tapi rasa semangat untuk membantu itu melebihi daripada rasa takut. Perkara itu yang membuatkan saya menawarkan diri menjadi sukarelawan," katanya  kepada Getaran.

Berkongsi kisah Mohd Rozaini berkata, hasrat berkhidmat sebagai sukarelawan itu lahir selepas melihat dari keadaan jangkitan kes positif COVID-19 sangat tinggi di Besut, sehingga menyaksikan daerah terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Saya pada masa itu terdetik nak bertanya kepada Jabatan Kesihatan Besut dan kemudiannya ditawarkan untuk mencari van kerana mereka menghadapi isu logistik, ekoran peningkatan jangkitan pesakit postif COVID-19 yang terlalu tinggi di Besut.

“Jadi saya masa itu berbincang dengan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad  dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menggunakan van parti dan mereka bersetuju," katanya yang turut menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Besut.

Bertitik tolak dari itu jelas Rozaini, beliau memulakan khidmat membawa pesakit COVID-19 ke pusat kuarantin bagi membolehkan mereka menjalani rawatan lanjut.

"Tugas pertama saya ialah membawa 20 pesakit COVID-19 ke tempat kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kem Wawasan Negara dan Institut Perguruan Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Detik tersebut tidak mungkin akan dapat saya lupakan, kerana tidak semua berpeluang merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan," katanya.

Mengakui tugas itu benar-benar membuka mata, Rozaini berkata ia membuatkan beliau benar-benar menghargai penat lelah jentera perubatan, dan betapa pentingnya untuk orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Memang saya dapat rasa bagaimana keadaan petugas barisan hadapan apabila memakai PPE. Untuk barisan hadapan, memang wajib menggunakan PPE selama  lapan jam.

“Ia betul- betul mencabar. Dalam tempoh setengah jam pertama itu sebenarnya memang dah rasa panas dan berpeluh banyak sampai ke tahap boleh rasa sendiri masinnya peluh kita. Kita juga tidak digalakkan memasang penghawa dingin," katanya.

Keadaan jelas Rozaini, lebih mencabar apabila mereka diwajibkan menggunakan lima helai sarung tangan pada satu-satu masa.

"Setiap kali sentuhan dengan pesakit kita kena tukar sarung tangan dan dipakai selama lapan jam sampai tangan kita jadi kecut," katanya.

Beliau juga berkata, hatinya tersentuh setiap kali menjemput pesakit COVID-19 untuk dibawa ke pusat kuarantin.

"Pernah saya ambil sekeluarga lapan orang, dan lelaki itu perlu menjaga dua anaknya yang masih kecil berusia 11 bulan serta dua tahun, kerana isterinya sudah terlebih awal dimasukkan ke pusat kuarantin.

"Saya terus terbayang anak di rumah kerana usia yang sama. Tak dapat saya gambarkan kesukaran beliau menjaga anak-anak tanpa seorang isteri di sisi," katanya, sebak.

Ditanya mengenai jadual tugasan, Rozaini memberitahu ia tidak dilakukan setiap hari kerana bergantung kepada jumlah pesakit COVID-19.

“Kalau hari itu jumlah pesakit positif sangat tinggi dan memerlukan sokongan logistik jadi kita pun bersedialah.

“Dan kalau hari yang tidak perlukan khidmat saya, saya akan memberi makanan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan hasil sumbangan daripada Ahli Parlimen Besut,” katanya

Beliau turut merancang meluaskan khidmatnya untuk menawarkan  pengangkutan kepada pesakit yang dibenarkan discaj dari pusat kuarantin.

“Cuma sekarang ini khidmat saya cuma  di Besut sahaja. Saya  tak boleh nak buat satu negeri sebab jarak terlalu jauh. Namun Alhamdullilah saya lihat ada juga UMNO Bahagian lain yang turut sama menawarkan khidmat seumpama ini,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Politik 57 minit yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 16 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran