web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuala Wanita Percuma Atasi Masalah Kemiskinan Haid - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 11:33AM

Kedai MAIWP dan YADIMart menyediakan tuala wanita percuma bagi mengatasi masalah kemiskinan haid. - Gambar dari Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuala wanita percuma akan disediakan oleh kedai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIMart), bagi mengatasi masalah kemiskinan haid.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kemiskinan haid adalah isu global yang turut memberi kesan kepada kelompok miskin bandar di Malaysia.

Beliau berkata, tuala wanita itu boleh didapati di rak Gerobok Rezeki Kedai MAIWP dan Bank Makanan YADIMart.

"Sebagai permulaan, kedai MAIWP dan YADIMart menyediakan tuala wanita secara percuma selain menggiatkan usaha serta kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Terima kasih pembayar zakat," ciapnya di laman Twitter.

Beliau berkata, pihaknya juga sedia menerima sumbangan orang ramai menerusi akaun YADIM iaitu 5660 1062 5428 (Maybank), dengan pengecualian cukai akan diberikan ke atas setiap bantuan.

Zulkifli turut menzahirkan terima kasih kepada Dr Fatimah Al Attas dan pasukan Peduli Merah yang sentiasa berusaha menyampaikan kesedaran kepada masyarakat terhadap isu kemiskinan haid.

"Ini sudah pasti usaha yang panjang kerana ia berkait rapat dengan pelbagai akar permasalahan. 

"Agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah tanggungjawab saya akan terus menyokong usaha murni ini. Terima kasih pembayar zakat dan penderma infaq!," katanya. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar