web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PERKESO Lapor 11 Kemalangan Perjalanan Kerja Setiap Jam, Lebih 46,000 Kes Direkodkan Pada 2025

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2026 7:33PM

Lebih 91,000 kemalangan dilaporkan kepada PERKESO tahun lalu dengan 51 peratus daripadanya melibatkan kemalangan pergi dan pulang dari kerja - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah memperhebat usaha menangani peningkatan kemalangan maut melibatkan pekerja yang berulang-alik ke tempat kerja telah diambil, susulan data baharu menunjukkan lonjakan ketara kemalangan motosikal di seluruh negara.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuh kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang menyasarkan penunggang motosikal, khususnya pekerja yang menggunakan kenderaan jenis itu untuk perjalanan harian ke tempat kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya bagi tujuan itu telah memperkenalkan Kempen MYRider, bertujuan memupuk budaya menunggang secara berhemah, bertanggungjawab dan selamat.

Menurut beliau, lebih 91,000 kemalangan dilaporkan kepada PERKESO sepanjang tahun lalu, dengan 51 peratus daripadanya melibatkan kemalangan ketika perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

“Kebanyakan kes membabitkan penunggang motosikal dan angka ini menunjukkan peningkatan hampir 21 peratus berbanding tahun 2023.

“Situasi ini amat membimbangkan. Justeru, usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya perlu dipergiatkan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis pelancaran Kempen MYRider di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. 

Jelas Mohammed Azman, kempen MYRider juga bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, memperkukuh pematuhan terhadap undang-undang trafik serta memupuk amalan penunggangan yang lebih selamat dalam kalangan pengguna motosikal di negara ini.

Program berkenaan katanya, dibangunkan berasaskan empat teras utama iaitu meningkatkan kesedaran, menggalakkan tindakan bertanggungjawab, membudayakan penunggangan selamat serta memperkukuh perlindungan bersama dalam kalangan pengguna jalan raya.

“PERKESO juga mahu memperluaskan pendidikan awam dan menyalurkan maklumat tepat kepada pencarum skim keselamatan sosial mengenai kepentingan amalan pemanduan dan penunggangan berhemah dalam mengurangkan risiko kemalangan perjalanan kerja.

“Kempen ini turut mendapat kerjasama penuh daripada pihak polis dalam memperkukuh advokasi keselamatan jalan raya, serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan trafik dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.

Sekadar info, 4,267 penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, mewakili kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan 6,581 kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.

Mohammed Azman berkata, sebanyak 46,542 kes atau 50.9 peratus melibatkan kemalangan jalan raya, daripada lebih 91,000 kes kemalangan yang dilaporkan kepada PERKESO.

“Lebih membimbangkan, jumlah kemalangan perjalanan kerja meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 38,454 kes yang direkodkan pada tahun 2023. Berdasarkan purata semasa, kira-kira 11 kemalangan perjalanan kerja berlaku setiap jam,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2026

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

oleh Sophia Ahmad