web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Institusi Kewangan, Agensi Pembangunan, Sila Turun Padang Bantu Peniaga Kecil’ - PM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2026 2:04PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Semua institusi kewangan berkaitan kerajaan dan agensi pembangunan diminta mempergiat usaha turun padang bagi membantu peniaga kecil, yang berdepan peningkatan kos perniagaan serta kekangan mendapatkan pembiayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai usahawan mikro di seluruh negara hanya memerlukan pembiayaan kecil antara RM10,000 hingga RM20,000 untuk mengekalkan operasi atau mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menurut beliau, hasil kajian oleh Khazanah Research Institute mendapati, masih ramai peniaga kecil tidak mengetahui kewujudan skim bantuan atau menghadapi kesukaran untuk mengaksesnya walaupun pelbagai kemudahan pembiayaan disediakan. 

“Saya telah berbincang dengan Bank Simpanan Nasional, TEKUN Nasional, Bank Rakyat, Majlis Amanah Rakyat dan Agrobank supaya mereka turun padang dan tidak hanya menunggu rakyat hadir ke pejabat.

“Kita melawat ratusan syarikat kecil yang menjalankan perniagaan, namun ada antaranya hanya memerlukan pinjaman RM10,000 atau RM20,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skim Khas Usahawan Agro Agrobank x FAMA di Pasar Tani Taman Melawati, hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Perdana Menteri berkata, kadar bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam wanita amat memberangsangkan dan hampir mencecah 100 peratus, sekali gus mencerminkan disiplin serta daya tahan usahawan kecil walaupun berdepan tekanan ekonomi semasa.

Beliau turut memuji sikap peniaga kecil yang disifatkan sabar dan tekun bekerja meskipun berhadapan peningkatan kos operasi serta harga barangan keperluan.

“Peniaga kecil ini jarang merungut. Yang banyak merungut ialah pemain besar.

“Mereka tidak banyak mengeluh, sebaliknya terus bekerja keras menghadapi kesukaran, manakala yang sering merungut ialah ahli politik tertentu,” katanya, berseloroh.

Anwar menegaskan, kerajaan mengarahkan agensi berkaitan meningkatkan kesedaran awam dan memberi penerangan lebih jelas mengenai peluang pembiayaan yang tersedia untuk perniagaan kecil serta peniaga informal.

Beliau berkata bantuan menerusi agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga mampu membantu mengurangkan kos bekalan barangan keperluan, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna ketika kos sara hidup masih menjadi cabaran utama.

“Saya lihat kebanyakan mereka bersyukur apabila menerima pinjaman RM10,000.

“Masih ada yang tidak mengetahui peluang yang disediakan, sebab itu saya meminta agensi turun sendiri ke lapangan untuk memberi penjelasan,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada peniaga kecil dan perusahaan mikro.

“Saya tahu ratusan ribu rakyat Malaysia bergantung kepada sektor berkenaan sebagai sumber utama pendapatan dan kelangsungan hidup,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

2

Politik 4 hari yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

3

Semasa 5 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

4

Semasa 5 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar