web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1.9 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Pulau Pinang, Polis Perhebat Operasi Trafik

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2026 10:10AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang sambutan Aidiladha serta cuti panjang bermula 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata ia sekali gus mendorong Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen negeri mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan trafik di seluruh negeri itu.

Beliau berkata peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku susulan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung dan bercuti sempena musim perayaan serta cuti umum melibatkan Aidiladha, Hari Wesak serta Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

"Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara dan laluan strategik pengguna, jalan raya dijangka menerima aliran trafik yang tinggi sepanjang tempoh cuti.

"Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum, PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mempergiat operasi pemantauan serta penguatkuasaan di lokasi tumpuan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Azizee berkata PDRM mengekalkan konsep penugasan Pre-Emptive Services and Total Enforcement yang memberi penekanan terhadap tindakan awal dan langkah pencegahan proaktif bagi mengurangkan kesesakan serta risiko kemalangan jalan raya sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata tumpuan turut diberikan kepada kawasan kerap berlaku kemalangan (blackspot) dan kawasan kesesakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna.

"Selain itu, tumpuan juga diberikan terhadap daerah yang menyumbang kemalangan maut tertinggi dan kawasan kesesakan seperti Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar di Seberang Perai Utara (SPU), Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim di Seberang Perai Tengah (SPT), Jalan Besar Simpang Empat di Seberang Perai Selatan (SPS) dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," katanya.

Beliau memaklumkan sebanyak 145 pegawai dan anggota daripada JSPT Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam operasi itu dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta PLUS.

Azizee berkata tindakan penguatkuasaan serta-merta akan diambil terhadap enam kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad