web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Turunkan Kandungan Fitnah Institusi Diraja, MCMC Ambil Tindakan Ke Atas TikTok

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2026 6:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap platform media sosial TikTok dengan mengeluarkan tuntutan statutori, susulan dakwaan kegagalan platform itu menurunkan kandungan berunsur fitnah dan jelik melibatkan Institusi Diraja negara.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut dibuat selepas penularan kandungan daripada satu akaun yang didakwa menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut suruhanjaya itu, kandungan terbabit merangkumi video yang dijana melalui kecerdasan buatan (AI), imej yang dimanipulasi serta bahan lain yang disifatkan sebagai “amat jelik, palsu, berunsur ugutan dan menghina”.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform dalam talian untuk menyebarkan kandungan yang bersifat amat jelik, palsu, mengancam atau menjejaskan ketenteraman awam, khususnya yang melibatkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” menurut kenyataan itu hari ini.

MCMC berkata, penyebaran kandungan sedemikian bukan sahaja boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, malah turut melibatkan kesalahan di bawah undang-undang jenayah lain di negara ini.

Menurut suruhanjaya berkenaan, isu membabitkan Institusi Diraja mempunyai implikasi besar terhadap keharmonian negara dan kestabilan Perlembagaan kerana ia termasuk dalam isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja atau 3R.

Tuntutan statutori terbabit dikeluarkan selepas MCMC mendapati tindakan moderasi kandungan oleh TikTok tidak memuaskan walaupun beberapa notifikasi dan sesi libat urus telah dilakukan sebelum ini.

“Walaupun notifikasi dan sesi libat urus telah dibuat sebelum ini, respon pihak TikTok didapati tidak memuaskan, khususnya dalam memastikan kandungan berbahaya diturunkan dengan segera dan menghalang penyebaran lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, TikTok diarahkan mengambil langkah pemulihan segera termasuk memperkukuh sistem moderasi kandungan, meningkatkan mekanisme penguatkuasaan terhadap bahan menyalahi undang-undang serta memberikan penjelasan rasmi berhubung kegagalan moderasi platform terbabit,.

MCMC memberi amaran, tindakan undang-undang lanjut boleh diambil terhadap mana-mana platform digital yang gagal mematuhi undang-undang Malaysia berkaitan kandungan dalam talian.

“MCMC akan terus mengambil tindakan perlu dan seimbang dalam bidang kuasa pengawal selia termasuk langkah perundangan lanjut sekiranya sesuai bagi menangani penyalahgunaan platform dalam talian,” menurut kenyataan itu. - Getaran, 21 Mei 2026

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad