web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Tingkatan 1 Meninggal Dunia Selepas Ditemukan Tidak Sedarkan Diri - Polis

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2026 3:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di asrama Sekolah Menengah Paloh, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada bapa pelajar tersebut pada 8.53 pagi.

Beliau berkata pihak sekolah telah membawa remaja itu ke Klinik Kesihatan Chiku 03 untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia.

"Susulan itu, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Gua Musang pada 3.30 petang hari sama dan hasil siasatan awal mendapati punca kematian akibat pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair," katanya dalam kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, pemeriksaan lanjut oleh polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

Beliau berkata mayat telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut masih diteruskan.

Choon Foo menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai insiden itu kerana boleh mengganggu sensitiviti keluarga pelajar tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad