web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Bunuh Jiran Warga Emas

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 3:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak hari ini atas pertuduhan membunuh jirannya, seorang wanita warga emas yang ditemui maut dengan pelbagai kesan kelar di minggu lalu.

Tertuduh, Foon Choon Kheong, 53, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret S. S. Evangelin. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Woo Chui Fun, 70, di sebuah rumah di No. 40, Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, antara jam 4.40 petang hingga 10 malam 4 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. 

Jika tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh turut berdepan minimum 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira, manakala tertuduh diwakili peguam Khesminkapil Dhanoa Singh.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa ditemui maut dengan pelbagai kecederaan serta kesan kelar pada badan, kepala dan leher. 

Polis turut menemui sebilah parang di lokasi kejadian, yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Siasatan mendapati, tertuduh pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan pada Februari lalu. - Getaran, 11 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Semasa 2 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad