web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cukai Untuk Golongan Kaya Jadi Isu Hangat, Cetus Pelbagai Pendapat

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 9:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk memperkenalkan cukai terhadap golongan terkaya di Malaysia kembali mencetuskan perdebatan hangat, susulan peningkatan kos sara hidup, ketidaksamaan pendapatan dan tekanan fiskal negara yang semakin meruncing akibat krisis tenaga global.

Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, langkah itu sememangnya wajar dilaksanakan, malah beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan kadar cukai sebanyak dua peratus ke atas individu terkaya di negara ini. 

Menurut beliau, keuntungan luar biasa diraih golongan ultra-kaya seharusnya dimanfaatkan, bagi membantu mengurangkan beban ekonomi yang sedang ditanggung rakyat.

“Malaysia ketika ini berdepan peningkatan kos subsidi, harga bahan api yang tinggi serta kebimbangan terhadap kesan ketidaktentuan di Timur Tengah terhadap pasaran tenaga dunia.

“Kerajaan ketika ini pun berdepan kekurangan fiskal dengan anggaran RM10 bilion, walaupun selepas melaksanakan langkah pengurangan perbelanjaan bagi mengekang peningkatan subsidi, katanya. 

Jelas Santiago, cukai kekayaan  bersasar mampu menjadi sumber hasil tambahan yang penting kepada negara.

“Ia juga berupaya mengurangkan tekanan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana, yang semakin terkesan dengan inflasi dan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Merujuk kepada laporan pertumbuhan kemewahan individu terkaya negara, Santiago berkata nilai kekayaan 50 individu terkaya Malaysia meningkat sebanyak RM103 bilion dalam tempoh setahun, menjadikan jumlah keseluruhan harta dimiliki mencecah RM458 bilion.

“Walaupun kadar cukai dikenakan boleh dianggap sebagai sederhana, ia tetap berpotensi menyumbang lebih RM1 bilion kepada hasil kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan tersebut menerima reaksi berbeza daripada komuniti perniagaan yang bimbang pelaksanaan cukai agresif boleh menjejaskan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan, selain mempercepatkan penghijrahan modal dan tenaga mahir ke negara lain.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, Malaysia ketika ini sudah pun berdepan kesan daripada dasar yang dianggap kurang mesra kepada sektor perniagaan dan golongan profesional berpendapatan tinggi.

“Ancaman penghijrahan modal kini bukan lagi andaian kerana dasar fiskal Malaysia sedang mendorong bakat dan pelaburan ke negara serantau yang menawarkan sistem percukaian lebih kompetitif,” katanya.

Beliau turut berpandangan, cadangan cukai kekayaan itu hanyalah penyelesaian jangka pendek terhadap masalah struktur ekonomi yang lebih besar dan masih belum ditangani secara menyeluruh.

“Kita terlalu lama mengabaikan isu daya saing dan ketirisan,” katanya lagi.

Ng turut memberi amaran, kebergantungan berterusan terhadap peningkatan cukai tidak akan menyelesaikan cabaran ekonomi jangka panjang, malah berisiko melemahkan semangat keusahawanan, pelaburan serta perkembangan perniagaan tempatan.

Katanya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini sudah pun terbeban dengan beberapa langkah fiskal sedia ada, termasuk kadar cukai korporat sebanyak 24 peratus serta cukai dividen dua peratus yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025.

“Keadaan itu menyumbang kepada ‘penghijrahan ciptaan sendiri’, apabila rakyat Malaysia memilih untuk mencari peluang pekerjaan dan perniagaan di negara dengan kadar cukai lebih rendah seperti Singapura.

“Kita kehilangan kira-kira 135,000 rakyat Malaysia setiap tahun. Ini merupakan antara faktor utama Malaysia gagal mencapai kadar pertumbuhan tahunan lapan hingga sembilan peratus yang sebenarnya mampu dicapai,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2026

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad