web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Pukul Isteri Hingga Keguguran Ditahan - Polis

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2026 10:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis berjaya menahan suspek yang dipercayai memukul isterinya sehingga mengalami keguguran di Ambangan Heights dekat sini dalam kejadian minggu lepas di sekitar bandar raya itu hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek yang berusia 43 tahun akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani esok untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

"Satu sidang media berkaitan penahanan suspek akan dibuat esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah," katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial seorang penjawat awam berusia 39 tahun cedera dipercayai dipukul suaminya sehingga kandungannya gugur selain turut mengalami kecederaan pada tangan, patah jari kiri dan lebam pada muka.

Lelaki itu juga didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan isterinya di bank berjumlah hampir RM50,000.

Suspek dikatakan lelaki sama yang dicari polis Johor sebelum ini bagi membantu siasatan kes Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul isterinya Jahidah Nordin sehingga koma pada 2021.

Jahidah yang sebelum ini juga bekerja sebagai penjawat awam kini dilaporkan hanya terbaring kaku dan bergantung pada susu yang diberi melalui tiub. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 2 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad