web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Tentera Mabuk Rempuh Kenderaan E-Hailing, Seorang Maut

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2026 7:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai tentera ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum merempuh sebuah kenderaan e-hailing, mengakibatkan seorang penumpang maut.

Nahas berkenaan dilaporkan berlaku di Lebuhraya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 5.38 pagi, melibatkan sebuah Perodua Alza dan Ford Fiesta.

“Siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu lelaki berusia 31 tahun yang juga pegawai tentera telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan MPV e-hailing dipandu lelaki berusia 41 tahun.

“Kenderaan itu membawa dua penumpang warga Bangladesh, masing-masing berusia 22 dan 20 tahun, yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,”  katanya.

Menurut beliau, mangsa yang maut dikatakan duduk di barisan tengah dalam kenderaan e-Hailing itu dan disahkan maut akibat kecederaan parah di kepala.

“Penumpang wanita warga Bangladesh mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala pemandu e-hailing turut mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Pemandu Ford Fiesta dan penumpangnya, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun turut cedera dan sedang menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Mohd Zamzuri berkata, ujian pernafasan alkohol ke atas pemandu Ford Fiesta mendapati bacaan melebihi had dibenarkan, manakala ujian air kencing adalah negatif.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – Getaran, 23 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pegawai Tentera Didakwa Bunuh Pempengaruh Warga Bangladesh

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad