web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Tentera Didakwa Bunuh Pempengaruh Warga Bangladesh

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2026 3:26PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pempengaruh warga Bangladesh dalam satu insiden kemalangan di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) minggu lepas.

Kapten Jad Faid Arhan, 31, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Mozahia Millad, 22, di Kilometer 1.9 Lebuh Raya MEX dari arah Salak Selatan ke arah Jalan Tun Razak, pada 5.30 pagi 23 April lepas.

Jad Faid mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan dan tiada pengakuan direkoakan daripada tertuduh berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Di hadapan Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan, Jad Arhan turut didakwa atas dua lagi pertuduhan memandu kenderaan jenis Ford Fiesta di bawah pengaruh minuman memabukkan yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan itu.

Perbuatan itu telah menyebabkan kecederaan parah kepada pemandu e-hailing Jailani Sapih, 41, dan penumpangnya Nafisa Tabassum Adiba, 20, yang juga isteri kepada Mozahid, di tempat dan masa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(IA) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun, dan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail memohon kes untuk dipindahkan ke mahkamah terdahulu untuk dibicarakan bersama.

"Mohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Majistret 2 kerana tertuduh menghadapi pertuduhan bunuh di sana dan tiada jamin diberikan di mahkamah tersebut.

"Di hadapan mahkamah ini juga, saya bantah permohonan jamin," katanya.

Peguam Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak memohon ikat jamin kerana anak guamnya terlibat dalam satu lagi kes berkaitan bunuh.

Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis mengesahkan kemalangan itu dan siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu pegawai tentera yang dipercayai mabuk telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 41 tahun itu, yang membawa dua penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kemalangan menyebabkan lelaki Bangladesh maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakan senegaranya wanita berusia 20 tahun dan pemandu e-hailing cedera. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 6 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad