web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sidang DUN Negeri Sembilan Ditangguh Ke Tarikh Baharu - MB 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2026 6:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 yang bermula hari ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun selepas istiadat pembukaan persidangan itu yang disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pagi tadi.

"Sidang dewan kita tangguh kepada tarikh yang bersesuaian mengikut keadaan," katanya kepada pemberita di Lobi Wisma Negeri di sini.

Sidang DUN itu sepatutnya dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan bersambung semula pada 27 April.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman turut membuat pengumuman penangguhan itu di dalam dewan persidangan selepas titah diraja pagi ini.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa serta kepentingan untuk memastikan kelancaran perjalanan sidang DUN akan datang.

MK Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mendapatkan satu tarikh baharu untuk diperkenankan Tuanku Muhriz sebelum notis diedarkan kepada semua ahli dewan.

"Perasmian hari ini cukup syarat sebab itu ia boleh ditangguh. Kalau tidak cukup syarat, tidak boleh tangguh...hari ini perasmian cuma titah Tuanku Muhriz sahaja. Persidangan hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan kelak.

"Saya harap apa yang berlaku di Negeri Sembilan nanti, sebelum kita bersidang akan datang dapat dijernihkan," katanya.

Beliau turut menjelaskan persidangan yang sepatutnya dijadualkan bersambung pada Isninvhingga Rabu depan ditangguhkan atas budi bicara beliau sebagai pengerusi dewan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad